fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Dijangkit COVID-19 Semasa Hamil, Ibu Lahirkan Bayi Didakwa Mempunyai Antibodi

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 November 2020
Dijangkit COVID-19 Semasa Hamil, Ibu Lahirkan Bayi Didakwa Mempunyai Antibodi
Share on FacebookShare on Twitter

Masih belum jelas sama ada imuniti itu kekal

Dijangkit COVID-19 Semasa Hamil, Ibu Lahirkan Bayi Didakwa Mempunyai Antibodi. Seorang wanita dari Singapura yang pernah dijangkiti Covid-19 semasa kehamilan telah selamat melahirkan bayi yang didakwa mempunyai antibodi semula jadi.

Dijangkit COVID-19 Semasa Hamil, Ibu Lahirkan Bayi Didakwa Mempunyai Antibodi

Bayi yang dilahirkan oleh ibu dengan Covid-19 mungkin mempunyai antibodi, tetapi ruang lingkup perlindungannya tidak jelas

Walaupun bayi wanita yang dijangkiti ovid-19 semasa kehamilan mereka telah dilahirkan dengan antibodi, ia masih belum jelas adakah ini bermakna bayi mempunyai imuniti terhadap covid-19 atau berapa lama ini dapat bertahan.

Baru-baru ini, ia dilaporkan seorang wanita warga Singapura yang telah dijangkiti Covid-19 setelah kembali bercuti dari Eropah selamat melahirkan anak keduanya. Yang lebih mengejutkan, beliau diberitahu oleh pakar pediatrik anaknya bahawa bayinya mempunyai antibodi terhadap virus tersebut.

Menurut Puan Celine Ng-Chan, ibu terbabit dan merupakan seorang tutor swasta, beliau mengatakan,

ArtikelBerkaitan

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

“Ini sangat menarik. Pakar pediatrik anak saya mengatakan bahawa antibodi Covid-19 saya telah hilang tetapi Aldrin mempunyai antibodi Covid-19. Doktor saya mengesyaki bahawa saya telah memindahkan antibodi Covid-19 saya kepadanya semasa mengandung.”

Dengan berat 3.5 kg ketika lahir, Aldrin dilahirkan pada 7 November di Hospital Universiti Nasional (NUH).

Puan Ng-Chan dan anak sulungnya disahkan positif Covid-19 ketika Puan Ng-Chan hamil 10 minggu. Menurut Puan Ng-Chan, beliau tidak merasa bimbang bahawa bayinya akan dijangkit juga kerana beliau telah membaca bahawa risiko penularan (dari ibu ke janin) sangat rendah.

Puan Ng-Chan dan anak sulungnya dilaporkan mempunyai gejala ringan dan dikeluarkan dari hospital setelah dirawat selama 2.5 minggu sementara ibunya bertarung nyawa selama 4 bulan tetapi kini sudah sembuh.

Puan Ng-Chan dengan Aldrin. Kredit: The Straits Times

Antara golongan yang mempunyai antibodi semula jadi

Awal tahun ini, sepasang suami isteri dari Singapura, iaitu Natasha dan Pele Ling, didapati positif Covid-19 ketika minggu ke-36 kehamilan Natasha pada bulan Mac.

Natasha selamat melahirkan bayinya, Boaz, pada 26 April lalu di NUH. Boaz mungkin merupakan bayi pertama yang dilahirkan di Singapura dengan antibodi Covid-19.

Natasha dan Pele Ling didapati positif semasa minggu ke-36 kehamilan Natasha. Bayi mereka, Boaz, selamat dilahirkan dan didakwa mempunyai antibodi terhadap virus tersebut. Kredit: The Straits Times

Terdapat kajian berterusan mengenai perkara ini – adakah bayi yang dilahirkan dari ibu-ibu yang didapati positif Covid-19 mempunyai imuniti terhadap virus tersebut secara semula jadi?

Dalam kes seperti ini, ia masih belum jelas adakah antibodi itu disebarkan dari ibu atau bayi yang mengembangkannya untuk dirinya sendiri.

Dalam sebuah penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Oktober oleh jurnal Emerging Infectious Diseases, dari 11 bayi yang dilahirkan oleh wanita dengan Covid-19 di Wuhan, China, semuanya mempunyai tahap antibodi IgG yang dapat dikesan semasa kelahiran, sementara lima mempunyai antibodi IgM yang dapat dikesan.

Pemeriksaan dengan KK Women’s and Children’s Hospital (KKH) menemui kesimpulan yang serupa.

Menurut Associate Professor Tan Hak Koon, pengerusi KKH di bahagia Obstetrik dan Ginekologi, terdapat bukti antibodi di kalangan bayi yang dilahirkan oleh ibu dijangkiti Covid-19.

Namun, ia masih belum diketahui adakah kehadiran antibodi ini memberikan tahap perlindungan terhadap jangkitan virus ini atau berapa lama ia bertahan.

Kajian sedang berlangsung

Kedua-dua NUH dan KKH adalah sebahagian daripada kajian berterusan yang melibatkan beberapa hospital awam di Singapura untuk menyiasat bagaimana Covid-19 berpotensi mempengaruhi kesihatan wanita hamil dan bayi mereka.

Kredit: Medical Xpress

Malah, Puan Ng-Chan dan anaknya, Aldrin, adalah sebahagian daripada kajian ini. Menurut beliau, beliau bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada kajian ini kerana beliau yakin kajian ini sangat penting.

“Saya yakin ini (kajian) sangat penting, supaya kita dapat mengetahui lebih banyak dan memerangi virus dengan lebih baik,” ujarnya.

Semoga kajian ini mendatangkan hasil yang meyakinkan!

Lagi di sini:

SUMBER : The Straits Times
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy