fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Gara-Gara Menunjukkan Kemaluannya Kepada Isteri Orang, Lelaki Ini Mati Ditetak

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
15 September 2020
Gara-Gara Menunjukkan Kemaluannya Kepada Isteri Orang, Lelaki Ini Mati Ditetak
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lelaki dipercayai mati ditetak selepas bertindak lucah menunjukkan kemaluannya kepada isteri orang dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Ahad lepas.

Gara-Gara Menunjukkan Kemaluannya Kepada Isteri Orang, Lelaki Ini Mati Ditetak. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata sebelum kejadian berlaku, mangsa yang merupakan pemandu lori yang berusia 25 tahun dan sudah berkahwin itu bersama rakannya. Mereka telah menimbulkan kekacauan dan membuat bising di hadapan sebuah rumah, kira-kira 9 malam.

Hasil siasatan dilakukan menyatakan, kedua-duanya beredar sebelum muncul kembali selang beberapa minit sehingga berlaku pertengkaran mulut dengan dua penghuni lelaki di rumah itu.

Mangsa dan rakannya bertindak membaling topi keledar serta parang di dalam pekarangan rumah tersebut.

ArtikelBerkaitan

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

Gara-gara Menunjukkan Kemaluannya kepada Isteri Orang Lelaki Mati Ditetak
Gara-gara Menunjukkan Kemaluannya kepada Isteri Orang Lelaki Mati Ditetak

Membuka seluar dan menunjuk kemaluan

Mangsa kemudiannya bertindak membuka seluar dan menunjuk kemaluannya kepada isteri salah seorang penghuni rumah yang turut berada di lokasi kejadian, katanya dalam kenyataannya pada malam tersebut.

Beliau berkata perbuatan itu menyebabkan pergaduhan tersebut berlarutan sehingga melibatkan penggunaan parang dan berlaku kejar mengejar sejauh kira-kira 80 meter.

Kejadian kejar-mengejar antara lelaki berkenaan berakhir dengan mangsa tersebut ditetak beberapa kali di bahagian badan, manakala rakannya sempat melarikan diri.

Mangsa terus dibawa ke Hospital Alor Gajah dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat kira-kira 11 malam.

Beliau berkata, susulan itu, polis menahan sembilan lelaki berumur antara 20 dan 50 tahun di sekitar Alor Gajah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi Disini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy