fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
22 Januari 2021
Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sejak pembaharuan terma dan syarat aplikasi Whatsapp baru-baru ini, pelbagai masalah yang dihadapi pengguna.

Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan kewujudan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna.

MCMC dalam kenyataannya berkata, taktik berkenaan menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan enam digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.

ADVERTISEMENT
Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer
Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer

Kod pengesahan 6 Digit

“Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp.

“Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer,” katanya.

ArtikelBerkaitan

Belum Reda COVID19, Kini H5N8 Pula Dikesan Menjangkiti Manusia Di Russia

Viral Video Seorang Peguam Berkata ‘Saya Bukan Kucing’ Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom

ADVERTISEMENT

Oleh itu, MCMC menyeru agar pengguna berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan enam digit WhatsApp daripada mesej orang yang dikenali seperti rakan atau ahli keluarga atau panggilan orang yang tidak dikenali atau pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp serta pihak lain termasuklah pihak berkuasa.

“Para pengguna diingatkan agar tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan enam digit WhatsApp kepada mana-mana pihak,” katanya.

ADVERTISEMENT
Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer

Ikuti langkah tersebut untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp anda

MCMC juga turut berkata pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp disarankan untuk mengikuti langkah seperti di pautan https://faq.whatsapp.com/general/account-and- profile/stolen-accounts/ untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang telah di ambil alih tersebut.

“Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran,” katanya.

Laporan juga boleh dibuat kepada MCMC menerusi saluran portal aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my, e-mel: [email protected] atau WhatsApp: 016-220 6262.

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy