Pasukan Penyiasat Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) gagal temui bukti kukuh di Wuhan.
Kewujudan Kekal Misteri, WHO Dakwa COVID-19 Bukan Berasal Dari Wuhan. Setelah sebulan pakar dari pelbagai bidang serta pasukan penyiasat WHO dikerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas asal usul pandemik ini, tiada jawapan yang kukuh ditemui setakat ini.
Jelas WHO, mereka tidak menemukan sebarang bukti kukuh mengenai asal usul virus tersebut di Wuhan, China. Wuhan merupakan tempat pertama virus tersebut dikesan dengan ribuan penduduk di kota tersebut jatuh sakit dan berakhir dengan kematian ramai orang.
WHO masih kekal dengan hipotesis COVID-19 berasal dari kelawar
Susulan itu, WHO sehingga kini masih kekal dengan hipotesis bahawa virus tersebut berasal dari kelawar yang kemudiannya menjangkiti manusia melalui haiwan mamalia yang lain. Walau bagaimanapun, hipotesis ini masih dalam peringkat uji kaji dan memerlukan lebih banyak penyelidikan yang lebih mendalam.

Menambahkan lagi kemusykilan, jika benar Wuhan merupakan tempat asal virus ini, Wuhan bukanlah habitat kelawar. Malah, tiada satu pun kelawar ditemui di wilayah tersebut sepanjang siasatan dijalankan.
Menurut Ketua Penyiasat WHO, Peter Ben Embarek, Wuhan dipercayai bukan tempat asal virus tersebut memandangkan bandar tersebut jauh dari habitat haiwan tersebut. Malah, sebelum Disember 2019 lagi, sampel-sampel penyelidikan, farmasi dan rekod hospital yang dikumpulkan tidak mengarah kepada haiwan tersebut dan bandar Wuhan.
Walaupun penularan melalui haiwan merupakan hipotesis paling dekat namun masih belum diketahui dengan tepat haiwan apakah yang menularkan virus tersebut. Demikian menurut Lian Wannian, seorang pakar dari China sendiri yang terlibat dalam penyiasatan tersebut.
Virus juga dipercayai dibawa masuk ke China melalui import produk sejuk beku
Antara hipotesis lain ialah virus tersebut dibawa dari luar negara ke China melalui import produk sejuk beku. Ini berdasarkan kajian yang dilakukan baru-baru ini yang memperlihatkan virus tersebut mampu bertahan dalam produk sejuk beku dalam jangka masa yang lama.

Selama tempoh penyelidikan yang memakan masa sebulan ini, puluhan pakar telah dikumpulkan untuk memeriksa pelbagai lokasi seperti hospital, pasar basah dan makmal virologi Wuhan.
Kerajaan China pula bertegas mengatakan bahawa virus yang telah mengakibatkan kerencatan kehidupan manusia ini bukan berasal dari wilayah Wuhan tetapi sebaliknya dibawa masuk. Sebahagian negara dunia pula percaya bahawa kenyataan yang dibuat oleh China ini adalah satu bentuk tuduhan untuk tidak bertanggungjawab terhadap pandemik ini.
Mustahil dicipta oleh manusia – Dr. Anthony Fauci
Sepertimana yang dipercayai oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, beliau yakin virus ini dikembangkan di makmal virologi di Wuhan, Namun, ia disangkal oleh para pakar termasuk penasihatnya, Dr Anthony Fauci yang menyatakan bahawa virus ini mustahil diciptakan oleh manusia.
Apa komen anda? Sebagai rakyat biasa, peranan kita sekarang adalah untuk kekal mengikuti SOP dan menjaga diri.
Imbas kembali detik awal penularan COVID-19 :