fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi

Kedung BK Oleh Kedung BK
10 Ogos 2020
Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Letupan kedua dalam masa 3 hari

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi. Terkini dilaporkan Gunung Sinabung, yang terletak di pulau Sumatera, mengeluarkan awan debu gergasi dalam letusan kedua dalam masa 3 hari.

Awan debu gergasi setinggi 5km ke langit itu diikuti bunyi guruh dan menjadikan langit gelap, kata saksi dan pihak berkuasa.

ADVERTISEMENT
Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi
Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi

Letusan susulan setahun lebih tidak aktif

Menurut laporan, letusan gunung berapi terbabit ekoran melebihi setahun ia tidak aktif dan merupakan letusan kedua sejak hari Sabtu lalu.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk dan pelancong mengenai kemungkinan adanya aliran lava.

ArtikelBerkaitan

Kajian Dari UK Menunjukkan Bahawa Vaksin COVID-19 Telah Mengurangkan Hospitalisasi Dan Kematian

Belum Reda COVID19, Kini H5N8 Pula Dikesan Menjangkiti Manusia Di Russia

ADVERTISEMENT

Sebuah video yang dikongsi oleh Bernama TV menunjukkan awan debu tebal keluar dari puncak gunung tersebut yang setinggi 2,460 meter di Karo, Sumatera Utara.

Gunung Sinabung di Sumatera Utara kembali meletus

Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter. Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera. PVMBG meletakkan Gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau peringkat tiga. Baca lebih lanjut di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868791

Posted by Bernama TV on Monday, August 10, 2020

Menurut seorang penduduk, Fachrur Rozi Pazi, beliau berkata bunyi letusan tersebut seperti guruh dan berlangsung kurang dari 30 saat.

ADVERTISEMENT

Dinasihatkan untuk tinggal di luar radius 3km gunung berapi

Agensi gunung berapi berkata dalam satu kenyataan pihak berkuasa telah menasihatkan penduduk untuk tinggal di luar radius sejauh 3km dari gunung berapi dan memakai topeng untuk mengurangkan kesan abu-abu yang jatuh dari langit.

Setakat ini, tiada pengorbanan dilaporkan dan jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam mengatakan penerbangan masih beroperasi di wilayah terbabit.

Seorang lelaki, Gilbert Sembiring, yang datang ke Kampung Naman Teran untuk mengunjungi rakannya ketika gunung berapi terbabit meletus berkata keadaan di sekitar Gunung Sinabung kini sangat gelap.

“Ia lebih besar daripada letusan beberapa hari yang lalu,” katanya.

Gunung Sinabung terletak di Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire), iaitu rantaian hotpsot untuk gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi
Kredit: Geology In

Gunung tersebut telah tidak aktif selama berabad-abad sejak tahun 1600, sebelum ia meletus sekali lagi pada tahun 2010 manakala letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018.

Lagi disini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy