Bagi bapa ini, ia lebih bermakna jika dia sendiri yang menjahit gaun anak perempuannya
Meskipun Kurang Kemahiran Menjahit, Bapa Ini Sanggup Jahit Lebih Dari 100 Gaun Demi Anaknya. Seorang bapa dari Jiangxi, China menunjukkan kasih sayang terhadap anak perempuannya dengan cara lain.
Xu Ruiqin sanggup membelajari kemahiran menjahit agar beliau boleh membuat pelbagai jenis gaun untuk anaknya.

Bermotivasi untuk memberikan kenangan masa kecil terindah kepada anak
Xu mula menjahit apabila beliau diwariskan sebuah mesin jahit dari ibunya. Pada masa ini, anaknya berusia 4 tahun.
“Saya tidak pandai menjahit. Saya hanya mencuba dan bertambah baik sendiri. Saya hanya nak anak saya untuk ingat tempat-tempat kami dua pergi dan semua aktiviti kami buat bersama, serta memberinya beberapa kenangan masa kecil yang indah,” katanya.
Xu bukan sahaja menjahit, malah beliau juga potong fabrik, mereka pakaian itu, dan juga menyolek muka anaknya ketika membuat penggambaran.

Mengambil inspirasi dari tempat mereka pergi
Menurut Xu, beliau mendapat inspirasi gaun dari tempat mereka pergi. Malah, pernah sekali beliau menghasilkan sebuah gaun Hanfu (pakaian tradisional Han Cina) dalam masa sehari untuk dipakai anaknya ke sebuah kampung kuno.

Terdapat juga gaun yang mengambil masa beberapa minggu untuk dibuat, terutamanya gaun yang mempunyai labuci dan manik di mana ia perlu dijahit satu per satu.

Xu mahir membuat pelbagai jenis gaun dan mengatakan bahawa anaknya suka gaun lolita.
“Gaun lolita paling susah dibuat. Anak saya suka gaun lolita, dan prosesnya sangat merumitkan. Gaun ini mempunyai banyak hiasan, termasuk renda dan ruffle jadi ia akan mengambil masa lama dan banyak kerja,” ujarnya lagi.

Pada awalnya, Xu tidak mahu orang lain tahu bahawa gaun dipakai anaknya adalah hasil kerjanya kerana takut dikecam
Walaupun Xu bangga dengan hasil kerjanya, beliau berkata pada awalnya beliau tidak mahu orang lain tahu tentang perkara ini.
“Saya membesar dalam persekitaran di mana orang tidak berfikiran terbuka dan tak sanggup menerima perkara baru. Tiada orang pernah melakukan ini sebelum ini jadi saya tidak mahu orang lain mengetahui saya menjahit gaun. Saya takut saya akan dikecam,” katanya lagi.

Saudaranya kemudian mendorongnya untuk memuat naik video prosesnya secara online. Xu berpendapat rakaman video ini memotivasikan beliau untuk menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab.
“Dulu, saya hanya memuat naik perkara yang saya hanya nak kongsi. Tetapi dengan lebih banyak pengikut dari pelbagai umur dan jantina, saya lebih memberi perhatian kepada bagaimana saya nak mengajar anak saya seperti bagaimana berkomunikasi sesama diri. Saya tidak mahu memberikan contoh yang buruk,” ujarnya lagi.
Merancang untuk membuat lebih banyak gaun untuk anaknya
Xu kini sedang merancang untuk membuat lebih banyak gaun tradisi Cina untuk anaknya dan kekal memuat naik video. Beliau berharap video-video tersebut akan menangkap kenangan terindah mereka bersama agar apabila anaknya sudah menjadi dewasa, dia boleh melihat kembali semua benda mereka buat bersama.
“Dia boleh juga tunjuk video-video ini kepada anaknya sendiri agar dia boleh menjadi seorang ibu yang baik,” katanya.

Para bapa akan sentiasa melayan anak perempuan mereka seperti puteri – Bapa ini sebaliknya membuat dress untuk anak perempuannya sehingga dia benar-benar dapat merasa seperti seorang puteri!