fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Oleh Kerana Bergaduh, Guru Ini Meracuni 25 Pelajar Rakan Sekerja Sebagai Balas Dendam

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 September 2020
Oleh Kerana Bergaduh, Guru Ini Meracuni 25 Pelajar Rakan Sekerja Sebagai Balas Dendam
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku di Henan, China

Oleh Kerana Bergaduh, Guru Ini Meracuni 25 Pelajar Rakan Sekerja Sebagai Balas Dendam. Dek kerana bergaduh dengan rakan sekerja mengenai bagaimana cara terbaik mengendali pelajar, seorang guru bertindak untuk meracuni 25 anak murid rakan sekerja tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Mac 2019 ini menyebabkan salah seorang pelajar meninggal dunia pada Januari lepas setelah dirawat di hospital selama 10 bulan. Yang lebih mengerikan, cikgu tersebut, Wang Yun, pernah meracuni suami sendiri pada tahun 2017. Wang Yun telah dijatuhkan hukuman mati, menurut sebuah laporan dari CNN pada 29 September.

ADVERTISEMENT
Oleh Kerana Bergaduh, Guru Ini Meracuni 25 Pelajar Rakan Sekerja Sebagai Balas Dendam
Oleh Kerana Bergaduh, Guru Ini Meracuni 25 Pelajar Rakan Sekerja Sebagai Balas Dendam

Hidangkan bubur yang dicampurkan dengan natrium nitrat

Menurut laporan, Wang Yun menambahkan natrium nitrat yang dibelinya secara dalam talian ke dalam bubur yang dibekalkan oleh sekolah bagi dihidangkan kepada para pelajar pada pagi 27 Mac 2019 susulan bergaduh dengan rakan sekerja. Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada bagaimana cara terbaik untuk mengendali para pelajar.

Wang Yun meletakkan racun dalam bubur yang akan dihidangkan kepada para pelajar.

Natrium nitrat sering digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk mengawet daging, tetapi ia boleh menjadi toksik jika diambil dalam jumlah tinggi kerana ia dapat menghentikan tubuh manusia menyerap oksigen dengan betul.

ArtikelBerkaitan

Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Natrium nitrat boleh memudaratkan manusia jika diambil dalam jumlah tinggi.

Racunan itu turut memudaratkan 24 anak murid rakan sekerja Wang Yun, dengan seorang meninggal dunia pada Januari lalu setelah dirawat selama 10 bulan. Di China, umur kanak-kanak di tadika adalah antara usia 3 hingga 6 tahun.

ADVERTISEMENT

Pada masa itu, salah seorang ibu bapa pelajar tersebut mengatakan bahawa dia menerima panggilan dari tadika tersebut, menyatakan bahawa anaknya telah muntah dan pengsan. Setibanya di tadika, anaknya tidak sedarkan diri.

“Muntah ada di seluruh seluar (mereka). Ada anak-anak lain yang juga muntah, dan mereka kelihatan pucat,” kata ayah tersebut.

Pernah meracuni suaminya sendiri

Wang pernah ditangkap cuba meracuni suaminya, Feng, pada Februari 2017 setelah bertengkar. Pada masa itu, Wang menuangkan nitrit ke dalam gelas yang digunakan oleh Feng, menyebabkan cedera ringan.

ADVERTISEMENT

Pada hari Isnin, 28 September 2020, Mahkamah Rakyat Menengah Jiaozuo di provinsi Henan menjatuhkan hukuman mati terhadap guru tersebut atas kesalahan menggunakan bahan berbahaya. Di China, hukuman mati dilaksanakan dengan suntikan mematikan atau oleh pasukan penembak.

Hukuman mati di China dilaksanakan dengan suntikan mematikan atau oleh pasukan penembak

Lagi di sini:

Source: CNN
Share79Tweet50SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy