fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
25 Jun 2020
Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sampai sebegitu sekali ya.

Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian. Ada di antara anda yang meminati durian? Jika ditanya kepada majoriti rakyat Asia, ramai yang sudah lali akan bau durian yang kuat dan sedap. Malah, harganya boleh mencecah ratusan ringgit untuk sebiji durian manis dan lunak. Terliur pula kan?

Tetapi lain pula kisahnya di negara Jerman. 12 orang pekerja pos di bandar Bavarian, Schweinfurt terpaksa dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan setelah dipercayai menghidu bau durian daripada bungkusan yang mereka kendalikan.

ADVERTISEMENT

Beberapa pekerja lain juga terpaksa diasingkan daripada tempat tersebut akibat tidak tahan menghidu bau menyengat durian tersebut.

Polis, bomba dan unit kecemasan dikerah ke tempat kejadian

Pihak polis, bomba serta unit kecemasan dikerah ke tempat kejadian setelah staf pejabat pos tersebut menyedari bau yang kurang menyenangkan dari sebuah bungkusan.

ArtikelBerkaitan

Hati-Hati Ini Adalah Taktik Penipuan Ambil Alih Akaun Whatsapp Oleh Scammer

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Pejabat pos di bandar Bavaria yang dikepung pihak berkuasa.
Kredit : Juice

Disebabkan kandungan bungkusan yang tidak diketahui, kesemua 60 orang pekerja diarah untuk meninggalkan bangunan dengan segera sebelum bungkusan tersebut dibuka.

ADVERTISEMENT

Pihak polis Schweinfurt juga memberitahu bahawa langkah tersebut terpaksa dibuat kerana kandungan bungkusan itu mungkin mendedahkan orang awam kepada risiko yang tinggi.

Bungkusan durian tersebut rupanya milik seorang lelaki berusia 50 tahun

Setelah dibuka, ternyata bungkusan tersebut mengandungi buah durian Thailand milik seorang lelaki berusia 50 tahun yang tinggal di bandar berkenaan. Bungkusan tersebut dihantar oleh rakannya dari Nuremberg.

ADVERTISEMENT
Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian
Pekerja Pos Di Jerman Terpaksa Dimasukkan Ke Hospital Setelah Terhidu Bungkusan Durian

12 pekerja pos yang terlibat mengalami gejala mual dan dirawat di tempat berkenaan manakala 6 orang lagi dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam insiden tersebut, 6 ambulans, 5 kereta unit respon awal dan 2 kenderaan kecemasan hadir ke tempat kejadian. Bukan itu sahaja, 3 jabatan bomba yang berlainan juga dikerah ke tempat tersebut.

Walau bagaimanapun, bungkusan berisi durian tersebut tetap dihantar ke pemiliknya.

Dah selalu jadi rupanya

Menurut CNN, kes durian ini bukanlah yang pertama menyebabkan panik di negara barat. Tahun lalu, staf di perpustakaan University of Canberra telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan kerana disyaki terdapat kebocoran gas.

Namun, penemuan akhirnya mendapati bahawa ia adalah bau yang dihasilkan oleh gas tersebut.

Pada November 2018 pula, sebuah penerbangan di Indonesia dengan muatan durian di dalam kargo terpaksa mendarat selepas penumpang mengadu bau durian yang kuat di seluruh kabin.

Walau pun buah durian adalah buah yang digemari oleh orang Asia, namun kebanyakan polisi di sini melarang buah durian untuk dibawa masuk dalam hotel, pengangkutan awam bahkan dipos menggunakan syarikat kurier.

Kalau di sini, siap buat tempoyak lagi. Apa-apa pun, tak hairanlah mengapa ia digelar raja buah.

Baca lagi kisah menarik di sini :

Share399Tweet43SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy