fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Penduduk Delhi Mungkin Telah Membina ‘Imuniti Kawanan’ Terhadap Virus COVID-19

Kedung BK Oleh Kedung BK
5 Februari 2021
Penduduk Delhi Mungkin Telah Membina 'Imuniti Kawanan' Terhadap Virus COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan tinjauan serologi terkini pada bulan Januari

Penduduk Delhi Mungkin Telah Membina ‘Imuniti Kawanan’ Terhadap Virus COVID-19. Dilaporkan lebih daripada 56% penduduk Delhi mempunyai antibodi Covid-19, berdasarkan 28,000 sampel diambil.

Dengan penyataan ini, masyarakat Delhi mungkin akan menjadi antara masyarakat yang pertama di dunia membina imuniti kawanan terhadap Covid-19.

Imuniti kawanan atau herd immunity adalah bentuk perlindungan tidak langsung dari penyakit berjangkit yang dapat terjadi dengan beberapa penyakit ketika peratusan populasi yang mencukupi telah immune terhadap jangkitan, baik melalui vaksinasi atau jangkitan sebelumnya, sehingga mengurangi kemungkinan terjadinya jangkitan pada individu yang kurang imuniti.

Penduduk Delhi Mungkin Telah Membina ‘Imuniti Kawanan’ Terhadap Virus COVID-19

Sekitar 56.13% penduduk Delhi telah membina antibodi terhadap Covid-19

Menurut laporan, Menteri Kesihatan Delhi, Satyendar Jain menyatakan bahawa 56.13% penduduk Delhi sudah mempunyai antibodi terhadap virus tersebut.

ArtikelBerkaitan

Takut Kantoi Dengan Isteri, Lelaki Ini Upah Juruteknik Untuk Pasang ‘Plash Speed’ Yang Sebenarnya PS5

Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

Kredit: NDTV.com

Ini berdasarkan tinjaun dari 11 daerah di Delhi di mana Delhi Utara melaporkan kadar positif antibodi Covid-19 terendah pada 49.09% manakala Delhi Selatan mempunyai kadar positif antibodi tertinggi dengan 62.18%

Walaupun Satyendar menyatakan Delhi kini sedang bergerak menuju ke imuniti kawanan terhadap virus berkenaan, hanya pakar sahaja dapat memberikan gambaran yang jelas.

Tinjauan kelima dan juga tinjauan terbesar setakat ini di negara tersebut dijalankan dari 15 Januari hingga 23 Januari tahun ini. Sebanyak 28,000 sampel diambil dari setiap wad.

Hasil tinjauan ini menunjukkan bahawa lebih daripada satu juta penduduk Delhi (sekitar separuh penduduknya) pernah dijangkiti pada suatu ketika dan telah membina antibodi.

Sekitar separuh populasi Delhi didapati telah membina imuniti kawanan terhadap Covid-19. Kredit: YouTube

Jumlah kes, kematian dan kemasukan ke hospital telah menurun dengan ketara

Ia juga dinyatakan oleh Menteri tersebut bahawa jumlah kes, kematian dan kemasukan ke hospital telah menurun tetapi ini tidak bermaksud bahawa kesemuanya sudah selamat.

Beliau menegaskan bahawa orang ramai terus menggunakan pelitup muka selama beberapa bulan lagi dan kekal ikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka.

Pakar mengatakan imuniti kawanan boleh dibina pada segmen populasi jika 50 ke 60 peratus dari mereka didapati mempunyai antibodi dalam sebuah tinjauan seroprevalensi.

Tinjauan seroprevalensi menggunakan ujian antibodi untuk menganggarkan peratusan orang dalam populasi yang mempunyai antibodi terhadap Covid-19.

Gambar sekadar hiasan.

Lagi di sini:

SUMBER : INDIA TODAY
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy