fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Pengganas Insiden Tembakan Masjid Di New Zealand Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 Ogos 2020
Pengganas Insiden Tembakan Masjid Di New Zealand Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Hukuman penjara seumur hidup dijatuhkan buat pertama kali dalam sejarah New Zealand.

Pengganas Insiden Tembakan Masjid Di New Zealand Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol. Lelaki yang menembak secara rambang jemaah masjid di Christchurch pada 15 Mac tahun lalu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa layak dikenakan parol.

Brenton Tarrant, lelaki warga Australia yang berusia 29 tahun telah mengaku bersalah atas tuduhan membunuh 51 orang individu, serta cubaan untuk membunuh 40 lagi individu lain dan tuduhan melakukan aktiviti keganasan.

ADVERTISEMENT

Buat perancangan teliti sebelum serangan

Melalui pertuduhan yang dibaca oleh pendakwa raya Diraja, Barnaby Hawes, pengganas tersebut telah membuat perancangan yang teliti untuk melancarkan serangan tersebut. Malah, beliau telah mengkaji cetakan biru masjid-masjid yang ada di Christchurch, New Zealand.

Pengganas Insiden Tembakan Masjid Di New Zealand Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol
Pengganas Insiden Tembakan Masjid Di New Zealand Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol

Berbekalkan senjata semi-automatik, beliau akhirnya memilih untuk membuat serangan di Masjid Al Noor dan Linwood Islamic Centre. Malah, beliau juga sengaja memilih untuk melakukan aktiviti ganas tersebut pada tengah hari Jumaat, di mana kebanyakan umat Islam berkumpul di masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

ArtikelBerkaitan

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari

Rancangan Brenton turut mengandungi pelan untuk membakar dan meletupkan masjid dengan menggunakan bahan letupan buatan sendiri.

ADVERTISEMENT
Pengganas Insiden Tembakan Masjid Di New Zealand Dijatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Tanpa Parol
Masjid Al Noor, Christchurch, NZ.

Lebih mengejutkan, tindakan Brenton juga turut dirakam secara siaran langsung Facebook menyebabkan insiden berdarah tersebut ditonton tanpa sengaja dan meluas di seluruh dunia.

Hukuman penjara seumur hidup yang pertama di New Zealand

Hukuman penjara seumur hidup ini adalah yang seumpamanya dijatuhkan di New Zealand. Perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman terhadap Brenton dijalankan selama 4 hari yang menyaksikan seramai lebih 60 keluarga mangsa termasuk mangsa terkorban memberikan kenyataan.

ADVERTISEMENT

New Zealand tidak melaksanakan hukuman mati tetapi sebaliknya mengenakan hukuman penjara minimum 17 tahun tanpa pembebasan atas kesalahan membunuh dan keganasan.

Walau bagaimanapun, hakim perbicaraan tersebut telah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Brenton Tarrant tanpa parol. Bukan itu sahaja, lelaki tersebut bukan sahaja digelar ‘gunman’ tetapi turut digelar teroris oleh hakim tersebut atas tindakan tidak berperikemanusiaannya.

After a painful and emotional hearing that saw victims of the Christchurch mosque attacks come face to face with the…

Posted by Middle East Eye on Thursday, August 27, 2020

Susulan insiden tersebut juga, kerajaan New Zealand dengan serta merta mengharamkan pembelian dan pemilikan senjata semi automatik di negara tersebut.

Semoga mangsa terkorban dalam insiden ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Aminn.

Artikel lain :

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy