fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
9 Jun 2020
Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kudos New Zealand!

Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19. New Zealand kini satu langkah ke depan apabila mengisytiharkan mereka sifar kes baharu pandemik itu. Menurut pihak berkuasa kesihatan negara itu, pesakit terakhirnya telah pun sembuh dan discaj dari hospital.

Pesakit terakhir yang merupakan seorang wanita berusia 50-an itu dipercayai dijangkiti menerusi kluster rumah penjagaan di Auckland.

ADVERTISEMENT

Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield menyifatkan perkara tersebut sebagai sebuah berita yang sangat baik dan menggambarkan pencapaian keseluruhan New Zealand dalam menangani pandemik tersebut.

Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19
Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield.

Menurut beliau, negara tersebut tidak mempunyai kes aktif buat pertama kalinya pada 28 Februari yang lalu. Ia merupakan petanda yang paling positif dalam usaha membendung wabak ini. Namun, masyarakat harus sentiasa berwaspada bagi mengelakkan penularan semula.

Sehingga berita ini diumumkan, New Zealand mencatatkan sifar kes aktif selama 17 hari berturut-turut dan hanya 1 kes aktif dicatatkan sepanjang minggu sebelum nya.

ArtikelBerkaitan

Belum Reda COVID19, Kini H5N8 Pula Dikesan Menjangkiti Manusia Di Russia

Viral Video Seorang Peguam Berkata ‘Saya Bukan Kucing’ Setelah Tersilap Guna Filter Anak Kucing Di Zoom

ADVERTISEMENT

Negara yang mempunyai populasi seramai 5 juta penduduk itu mencatatkan jumlah kes kumulatif sebanyak 1,154 kes dengan 22 kematian.

Sekatan Berakhir Sepenuhnya Semalam, Tak Perlu Penjarakan Sosial Lagi

Oleh itu, pihak berkuasa negara tersebut telah menguatkuasakan sekatan ketat selama 7 minggu termasuk perintah berkurung. Sekatan tersebut juga berakhir sepenuhnya semalam seiring dengan berita pesakit terakhir di negara itu sembuh.

ADVERTISEMENT

Kini, New Zealand membenarkan perjalanan domestik dalam negara itu. Bukan itu sahaja, Perdana Menterinya, Jacinda Ardern, kini memaklumkan bahawa rakyatnya tidak lagi memerlukan langkah penjarakan sosial dan mengehadkan jumlah orang awam dalam sebarang perhimpunan.

Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19
Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19

Langkah pencegahan New Zealand juga turun ke Tahap 1 daripada 4 peringkat sistem tindak balas virus. Ini bermakna kelab malam, panggung serta acara sukan kini dibenarkan untuk dibuka dan diadakan.

Perlawanan Sukan Pertama Berlangsung Semula Di Dunia

Rakyat di negara tersebut juga dibenarkan menonton perlawanan sukan di stadium. Susulan itu, New Zealand Rugby (NZR) juga mengumumkan perlawanan pertama Super Rugby Aotearoa minggu ini sekaligus menjadi perlawanan sukan yang pertama berlangsung semula di dunia.

Pesakit Terakhir Telah Sembuh, New Zealand Kini Sifar Kes COVID-19

Semoga giliran negara kita menyusul kemudian. Aminn!

Share6067Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy