fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
11 Ogos 2020
Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Rusia sudah bersedia untuk mengeluarkan vaksin tersebut secara besar-besaran.

Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19. Persaingan pengeluaran vaksin untuk COVID-19 di seluruh dunia kini semakin hampir dimenangi oleh Rusia apabila negara tersebut mengumumkan kelulusan untuk vaksin yang dibuat di negara tersebut.

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan kelulusan tersebut selepas kurang daripada 2 bulan ujian terhadap manusia. Moskow turut mengiktiraf kejayaan tersebut sebagai bukti kecanggihan saintifik negara tersebut.

ADVERTISEMENT

Kelulusan tersebut bakal menyaksikan pemvaksinan secara besar-besaran dilakukan terhadap penduduk Rusia.

Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19
Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Kepantasan Rusia dalam pembangunan vaksin ini ternyata membuktikan tekad mereka untuk memenangi persaingan vaksin di seluruh dunia.

ArtikelBerkaitan

Rindu Suasana Luar Negara? Cuba Laman Interaktif Memandu Di Bandar Seluruh Dunia Ini

Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang ‘Bodoh’ Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE

ADVERTISEMENT

Namun demikian, perkara tersebut telah membangkitkan persoalan sama ada kelulusan tersebut adalah sekadar menunjukkan kebanggaan nasional Rusia berbanding tahap keselamatan dan sains yang tinggi.

Putin jamin selamat, pernah diuji pada salah seorang anaknya

Vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh Institut Gamaleya Moskow tersebut dijamin selamat oleh Putin memandangkan ia turut disuntik kepada salah seorang anaknya.

ADVERTISEMENT

Beliau juga yakin bahawa vaksin tersebut mampu bekerja dengan efisyen serta membina imuniti yang kuat. Tegasnya lagi, vaksin tersebut telah melepasi semua syarat yang diperlukan.

Putin berharap agar Rusia dapat memulakan pemvaksinan secara besar-besaran secepat mungkin.

Vaksin Rusia bakal mulakan ujian Fasa III

Kelulusan daripada kementerian kesihatan turut memberi bayangan bahawa ujian yang lebih besar akan dimulakan dan melibatkan ribuan penyertaan. Ujian ini dikenali sebagai ujian Fasa III.

Fasa tersebut memerlukan sejumlah angka individu yang dijangkiti untuk menguji keberkesanan vaksin serta kesannnya. Ia merupakan syarat asas untuk sesebuah vaksin menerima kelulusan kawal selia.

Walau bagaimanapun, pihak kawal selia di seluruh dunia menegaskan bahawa pembangunan vaksin yang tergesa-gesa tidak akan menjanjikan keselamatan. Bahkan, kaji selidik terkini yang dijalankan juga menunjukkan orang awam hilang kepercayaan kepada usaha kerajaan untuk membangunkan vaksin dengan cepat.

Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19
Rusia Jadi Negara Pertama Di Dunia Luluskan Vaksin COVID-19
Sumber foto : Bloomberg

Petugas kesihatan di Rusia golongan pertama dapat vaksin sekiranya diluluskan

Bagi petugas kesihatan di Rusia, mereka akan diberikan peluang divaksin secara sukarela sebaik sahaja vaksin pertama mereka diluluskan.

Di seluruh dunia, lebih daripada 100 vaksin sedang dibangunkan untuk menghentikan jangkitan pandemik COVID-19. Sehingga kini, hanya 4 vaksin yang sedang dalam peringkat akhir Fasa 3 ujian terhadap manusia.

Kita doakan sahaja semoga vaksin yang selamat dan efektif dapat dikeluarkan dalam masa yang terdekat.

Lagi artikel berkaitan :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy