fbpx
Berita Dunia

Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19

Terpaksa tinggal di balai berlepas di Lapangan Terbang Manila, Filipina

Sedihnya, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19. Seorang warganegara Estonia, Roman Trofimov telah tinggal di balai berlepas lapangan terbang Manila di Filipina sejak ketibaan menerusi AirAsia dari Bangkok pada 20 Mac.

Difahamkan beliau telah melakukan perjalanan di sekitar Asia Tenggara, mengatakan pasportnya diambil sebelum dia melalui imigresen.

Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19
Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19

AirAsia tidak dapat mengembalikannya ke Thailand

Menurut laporan, syarikat penerbangan AirAsia tidak dapat mengembalikannya ke Thailand akibat sekatan kerana wabak Covid-19.

Setelah tiba di Filipina, beliau ditolak masuk ke negara tersebut kerana visa masuk tidak lagi dikeluarkan untuk ketibaan.

Beliau kemudian terperangkap dalam kekacauan dan kekeliruan yang berlaku, mengakibatkan beliau terkandas di lapangan terbang berkenaan.

Beliau berkata beliau rasa seperti banduan dalam penjara. Kredit: The Sun

110 hari di lapangan terbang antarabangsa Manila

Roman telah tinggal di lapangan terbang tersebut selama 110 hari sejak 20 Mac hingga 7 Julai.

“Saya telah terkandas di sini selama lebih dari 100 hari. Saya memerlukan pertolongan untuk keluar dari sini. Syarikat penerbangan itu mengatakan bahawa saya perlu menunggu Enhanced Community Quarantine untuk selesai sebelum dibenarkan terbang.

Sejak itu, saya menunggu di sini,” katanya.

Mengikut rancangan asal, Roman mempunyai penerbangan seterusnya ke wilayah Cebu yang ditempah pada hari yang sama pada 20 Mac dan penerbangan kembali ke Bangkok pada 2 April.

Kedua-duanya dibatalkan apabila Covid-19 tercetus yang kemudiannya mempengaruhi perjalanan antarabangsa.

Pelancong terbabit mengatakan bahawa beliau telah meminta bantuan kedutaannya tetapi mereka tidak dapat mengatur penerbangan kembali ke negara asal.

Beliau telah tidur di ruang berlepas lapangan terbang dan bertahan dengan makanan dan minuman ringan yang disumbangkan oleh kakitangan lapangan terbang.

“Saya orang kurang upaya, kesihatan saya semakin teruk kerana kekurangan zat makanan, kekurangan cahaya matahari, dan udara segar.

Saya tidak mempunyai pilihan lain, tetapi untuk mengumumkan perkara ini secara awam. Saya hanya minta jasa baik anda untuk kongsikan berita ini kepada agensi-agensi berita,” ujarnya lagi.

Sejak 20 Mac, Lelaki Ini Terkandas Di Lapangan Terbang Selama 100 Hari Kerana COVID-19
Beliau terpaksa tinggal di lapangan terbang Manila akibat tidak dibenarkan masuk ke negara Filipina. Kredit: The Sun

Difahamkan juga, Penyiar Estonia ERR melaporkan pelancong tersebut melakukan perjalanan menggunakan ‘pasport kelabu’, iaitu pasport yang digunakan oleh individu yang tidak jelaskan kewarganegaraan.

Manakala, pihak berkuasa Estonia mengatakan bahawa dokumen tersebut dikeluarkan untuk orang yang mempunyai hak tinggal di negara itu yang tidak dapat memperoleh pasport lain.

Dalam satu pernyataan, kementerian luar Estonia dilaporkan berkata,

“Ia penting untuk diperhatikan bahawa Roman terbang ke Filipina pada saat negara-negara seluruh dunia telah mengumumkan situasi darurat dan Kementerian Luar Negeri telah memberikan peringatan perjalanan.”

That’s in a tough situation! Semoga dipermudahkan urusan, dan juga kepada mereka yang menghadapi nasib yang sama.

Lagi disini:

Sumber
The Sun

Artikel Berkaitan

Back to top button