fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Selepas India, Kini US Juga Mahu Haramkan TikTok

iloveborneo by iloveborneo
1 Ogos 2020
Selepas India, Kini US Juga Mahu Haramkan TikTok
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

“As far as TikTok is concerned, we’re banning them from the United States,” – Donald Trump

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dikatakan bakal menjejak langkah India untuk menyekat aplikasi tersebut daripada beroperasi di negara mereka.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh The Washington Post, tindakan itu adalah tanda pendirian tegas Amerika Syarikat kepada Negara China dan juga juga syarikat syarikat teknologi dari negara tersebut.

ADVERTISEMENT

Terdahulu pada Hari Jumaat, Trump dikatakan sedang mempertimbangkan perintah untuk memaksa Syarikat ByteDance agar menjual pegangan operasi mereka di Amerika Syarikat.

Menurut sumber tidak rasmi, antara syarikat yang sedang merancang untuk membeli pegangan operasi tiktok di Amerika Syarikat adalah Microsoft.

ArtikelBerkaitan

Remaja Berusia 16 Tahun Ditahan Rancang Membuat Serangan Di Dua Masjid

Bayi Dilahirkan Atas Perahu Masa Banjir, Ibu Bagi Nama Siti Noor Banjiriah

Selepas India, Kini US Juga Mahu Haramkan TikTok
Selepas India, Kini US Juga Mahu Haramkan TikTok

Walau bagaimanapun, Donald Trump juga tidak berminat dengan pengambil alihan tiktok oleh syarikat tempatan malah beliau lebih berminat untuk menggunakan kuasa eksekutif beliau.

ADVERTISEMENT

” Saya ada kuasa, saya boleh menggunakan kuasa eksekutif saya atau saya boleh menggunakan emergency economic power ”

Perintah tersebut akan memaksa syarikat pengendali aplikasi itu untuk menjual pegangan mereka secara paksa, cara yang sama untuk Donald Trump memaksa sebuah syarikat China menjual pegangan saham mereka pada bulan Mac yang lalu.

ADVERTISEMENT

Perintah tersebut juga digunakan tahun lepas yang akhirnya memaksa pemegang saham dari China terpaksa melepaskan pegangan saham di dalam aplikasi Grindrr, iaitu aplikasi untuk golongan gay mencari pasangan.

Sekiranya Microsoft membeli pegangan dan kepentingan Tiktok di Amerika Syarikat, ianya dijangkakan bakal membentuk kembali landskap media dan media sosial di Amerika Syarikat dan juga menjadi pencabar utama untuk Facebook, Youtube dan syarikat syarikat teknologi yang lain.

Tiktok telah diharamkan dari telefon milik sebahagian tentera Amerika Syarikat

Aplikasi tersebut sebelum ini telah diharamkan dari dipasang di dalam telefon pintar milik tentera Amerika Syarikat. Pentagon pula menggalakkan pekerjaa mereka agar membuang aplikasi tersebut atas dasar keselematan, tahun lepas.

Baca juga artikel lain :

Share62Tweet39SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy