fbpx
Berita Dunia

Video Lelaki Tembak Diri Sendiri Tular Di TikTok, Akaun Yang Buat Perkongsian Akan Dipadam

Jangan tengok jika terserempak

Video Lelaki Tembak Diri Sendiri Tular Di TikTok, Akaun Yang Buat Perkongsian Akan Dipadam. Pada 31 Ogos lalu, seorang lelaki bernama Ronnie McNutt menembak diri semasa strim langsung facebook (Facebook Live). Dia (mendiang) berusia 33 tahun.

Ronnie merupakan bekas tentera Amerika Syarikat dan pernah berkhidmat dalam Perang Iraq. Menurut seorang rakan baik, Ronnie menderita Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) iaitu gangguan mental yang muncul setelah seseorang mengalami atau menyaksikan peristiwa yang tidak menyenangkan, setelah kembali dari Iraq.

Ia dipercayai Ronnie membunuh diri akibat depression yang berpunca dari PTSD.

Yang lebih mengejutkan, video bunuh diri itu dikongsi di seluruh media sosial, terutamanya TikTok, walaupun ada laporan cuba memadamkannya.

Video Lelaki Tembak Diri Sendiri Tular Di TikTok, Akaun Yang Buat Perkongsian Akan Dipadam
Video Lelaki Tembak Diri Sendiri Tular Di TikTok, Akaun Yang Buat Perkongsian Akan Dipadam

Pengguna TikTok memberi amaran kepada orang lain untuk berhenti menonton video tersebut

Pada asalnya disiarkan di Facebook, video itu mula muncul di aplikasi lain. Apabila komuniti TikTok menyedari klip tersebut, banyak pengguna mula tampil memberi amaran kepada pengikut mereka untuk elak menonton video itu.

Terdapat juga pengguna TikTok lain yang menyatakan video itu kini disembunyikan dalam video berbentuk ‘innocent’ dan akan muncul di penghujung video sebagai jumpscare.

Wakil TikTok mengumumkan bahawa video tersebut kini telah dipadam dan akan memadamkan akaun yang masih berkongsi video tersebut

Menurut wakil dari TikTok, sistem mereka secara automatik mengesan dan menyekat klip video tersebut kerana ia melanggar dasar TikTok terhadap kandungan yang memaparkan, memuji, memuliakan dan mempromosikan bunuh diri.

“Kami akan memadamkan akaun yang berulang kali cuba memuat naik klip itu, dan kami menghargai ahli komuniti kami yang telah melaporkan kandungan dan memberi amaran kepada orang lain agar tidak menonton, terlibat, atau berkongsi video tersebut di platform mana pun yang tidak menghormati mendiang dan keluarganya,” kata mereka.

Sekiranya anda terlihat video tersebut dalam mana-mana platform media sosial, segera laporkan video itu agar ia tidak ditonton oleh orang lain terutamanya kanak-kanak dan individu yang senang triggered.

Jika anda perlukan bantuan, sokongan emosi atau rasa sunyi, anda boleh menghubungi Befrienders Kuching di talian 082-242800 atau Befrienders di talian 24 jam 03-76272929 (tanpa sebarang bayaran). Minta bantuan bukan tanda kelemahan; anda dihargai dan disayangi.

Lagi di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button