fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Dunia

Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
13 Januari 2021
Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Anda terima atau tidak polisi baharu daripada Whatsapp?

Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari. Pasti anda ada menerima notifikasi sama ada untuk menerima atau tidak polisi terbaharu daripada Whatsapp. Melalui polisi tersebut, anda dikehendaki untuk bersetuju sekiranya data peribadi seperti maklumat kewangan, bank, kesihatan dan senarai kontak dan banyak lagi maklumat anda dikongsi atau diintegrasikan dengan platform Facebook.

Hal ini dikatakan membolehkan pihak Facebook menyasarkan pengiklanan secara lebih tepat kepada pengguna.

ADVERTISEMENT

Namun demikian, aplikasi Whatsapp yang selama ini kita gunakan secara percuma ini kini dilihat datang dengan harga yang perlu dibayar. Bezanya, anda tidak perlu membayar menggunakan wang ringgit tetapi sebaliknya membayar dengan menggadaikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga iaitu Facebook.

Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari
Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari

Tidak terima polisi, tidak layak guna Whatsapp lagi

Lebih menggusarkan, individu yang tidak menerima polisi tersebut sebelum atau pada 8 Februari ini dijangka akan disekat untuk menggunakan aplikasi Whatsapp. Ini bermakna anda tiada pilihan selain menekan butang ‘Agree & Accept’ untuk terus menikmati perkhidmatan pesanan ringkas tersebut.

ArtikelBerkaitan

Tular Tangan Doktor Bergegar Suntik Presiden Jokowi, Ini 7 Pemimpin Dunia Yang Sudah Disuntik Vaksin COVID-19

Wanita Ini Terselamat Dari Nahas Sriwijaya Air Kerana Keputusan COVID-19 Lambat Keluar

Walau bagaimanapun, sejak timbul desas desus tindakan Whatsapp yang mengancam maklumat peribadi siber pengguna, pihaknya semalam lantas mengeluarkan penjelasan dan meyakinkan pengguna bahawa polisi baharu tersebut adalah selamat.

ADVERTISEMENT

Jelas Adam Mosseri yang merupakan Eksekutif Facebook dan Instagram, polisi baharu itu telah disalah ertikan oleh ramai pihak, sebaliknya ia sebenarnya menyasarkan kepada pengguna Whatsapp yang melakukan perniagaan dan bagaimana informasi rutin mereka dapat membantu Facebook menyasarkan iklan berdasarkan jaringan sosial media.

Selain itu, pihak Whatsapp memberi jaminan bahawa mereka tidak dapat melihat mesej privasi anda dan tidak akan berkongsi senarai kontak pengguna dengan Facebook.

ADVERTISEMENT
Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari
Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari
Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari
Whatsapp Bakal Disekat Bagi Pengguna Yang Tidak Setuju Terima Polisi Baharu Bermula 8 Februari

Pengguna aktif Telegram meningkat mendadak melepasi 500 juta, Elon Musk cadang guna Signal

Akibat pengumuman polisi Whatsapp tersebut, platform permesejan yang lain seperti Signal dan Telegram dilaporkan menerima jumlah pengguna aktif yang meningkat secara mendadak. Terkini, platform Telegram kini melepasi 500 juta pengguna aktif dalam waktu yang singkat. Sementara itu, Elon Musk yang pada ketika ini memegang gelaran individu terkaya di dunia sempat memuat naik ciapan yang mencadangkan agar orang ramai menggunakan Signal susulan kontroversi polisi Whatsapp.

Adakah anda tidak kisah untuk menerima polisi baharu Whatsapp atau lebih rela memulakan kehidupan baru bersama platform permesejan yang lain?

Kongsikan pendapat anda di ruangan Facebook dan jangan lupa untuk like dan share artikel ini!

Minggu lalu, Donald Trump telah digantung daripada menggunakan akaun media sosial. Baca selanjutnya di sini :

Share119Tweet74SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy