fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Yang Dikemukakan Sebelum 25 Feb Akan Dibuat Mulai 2 Mac 2021

Kedung BK Oleh Kedung BK
2 Mac 2021
Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Yang Dikemukakan Sebelum 25 Feb Akan Dibuat Mulai 2 Mac 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Permohonan yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat

Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Yang Dikemukakan Sebelum 25 Feb Akan Dibuat Mulai 2 Mac 2021. Dilaporkan bayaran pemohonan i-Sinar yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan dibuat mulai 2 Mac 2021 berikutan pemansuhan kriterianya bulan lepas.

Perkara ini adalah untuk pemohon yang mengemukakan permohonan kemudahan i-Sinar sebelum 25 Februari dan akan diberi kelulusan secara berperingkat.

Bayaran Permohonan i-Sinar Sedia Ada Yang Dikemukakan Sebelum 25 Feb Akan Dibuat Mulai 2 Mac 2021

Melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan

Menurut laporan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyatakan bahawa perkara ini turut melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Hampir Cecah Seribu, Sarawak Catat 960 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

Bagi mereka yang mendapati status permohonan sedia ada masih tiada perubahan, mereka kini boleh membuat semakan pada hari-hari yang berikutnya.

Mulai 8 Mac, semua ahli berusia di bawah 55 tahun (tertakluk kepada baki di dalam Akaun 1 mereka) dan ahli KWSP bukan warganegara Malaysia boleh memohon permohonan baru yang mencerminkan pemansuhan kriteria terbabit.

Permohonan baharu akan diproses dalam tempoh 5 hari dan ahli boleh menyemak status permohonan dan tarikh bayaran selepas 5 hari tersebut.

Kelonggaran pindaan pada butiran

Mulai 8 Mac 2021 juga, kelonggaran akan diberi kepada ahli untuk melakukan pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah pemohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal

Bagi ahli yang mempunyai simpanan kurang daripada RM100K dalam Akaun 1 mereka, akses kepada jumlah pengeluaran hingga RM10k akan diberikan serta pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan.

Bagi ahli yang mempunyai simpanan >RM100k dalam Akaun 1 mereka, akses ke jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 akan diberikan, tetapi jumlah pengeluaran terhad kepada RM60K sahaja.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum 6 bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10K.

Bagi pertanyaan umum, anda boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 – 8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my

Lagi di sini:

SUMBER : BERNAMA
Share68Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy