fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Cadangan Untuk Guna Keputusan Percubaan SPM Tak Sesuai, Dikatakan Tak Setaraf Dengan SPM Yang Sebenar

Kedung BK Oleh Kedung BK
20 Januari 2021
Cadangan Untuk Guna Keputusan Percubaan SPM Tak Sesuai, Dikatakan Tak Setaraf Dengan SPM Yang Sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyatakan bahawa cadangan tersebut tidak sesuai

Cadangan Untuk Guna Keputusan Percubaan SPM Tak Sesuai, Dikatakan Tak Setaraf Dengan SPM Yang Sebenar. Baru-baru ini, para pelajar dan ibu bapa telah menyuarakan pendapat mereka mengenai penangguhan peperiksaan SPM tahun ini. Malah, sebuah petisyen untuk membatalkan atau mengubah peperiksaan SPM yang akan datang pada bulan Februari ini telah diajukan dan telah ditandatangani oleh lebih daripada 40,000 individu.

Petisyen itu dibuat kerana kebimbangan kesejahteraan mental pelajar dan ketidakpastian masa depan mereka dalam hal permohonan kemasukan ke kolej. Antara cadangan yang dikemukakan dalam petisyen terbabit ialah menggunakan keputusan percubaan SPM untuk menggantikan peperiksaan sebenar namun NUTP telah menyatakan bahawa cadangan terbabit tidak sesuai.

Cadangan Untuk Guna Keputusan Percubaan SPM Tak Sesuai, Dikatakan Tak Setaraf Dengan SPM Yang Sebenar

Peperiksaan percubaan SPM adalah kaedah untuk mengenal pasti kebolehan dan kelemahan pelajar

Menurut laporan, Harry Tan Huat Hock, setiausaha agung NUTP, beliau menyatakan bahawa peperiksaan percubaan SPM adalah kaedah untuk guru bagi mengenal pasti kebolehan dan kelemahan pelajar mereka sebelum menduduki peperiksaan sebenar.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Standard peperiksaan percubaan SPM tidak setaraf dengan SPM sebenar – mempunyai penilaian selaras dengan standard antarabangsa.

Untuk percubaan SPM, ia tidak mempunyai penanda aras dengan standard antarabangsa jadi ia “tidak adil menggunakan keputusan percubaan untuk menggantikan SPM yang sebenarnya.

“Walaupun tanpa ujian percubaan, guru masih mempunyai pendekatan lain yang boleh dilakukan sebagai persediaan untuk pelajar SPM sepanjang sesi persekolahan tahun ini sebelum pemeriksaan SPM sebenar bermula,” katanya lagi.

Semalam, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengatakan bahawa peperiksaan percubaan SPM 2020 tidak perlu dijalankan oleh sekolah yang belum menjalankannya dan ia tidak akan mempengaruhi peluang pelajar untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Harry juga mengatakan bahawa ia adalah penting bagi guru dan pelajar SPM untuk menumpukan perhatian pada persiapan menghadapi peperiksaan SPM.

Gambar sekadar hiasan.

Tambahnya lagi, keputusan untuk membatalkan peperiksaan percubaan sekurang-kurangnya dapat meredakan tekanan yang dihadapi oleh calon yang terjejas akibat banjir dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sabtu lalu, KPM telah mengumumkan bahawa sesi persekolahan bersemuka akan bermula 20 Januari untuk seluruh negara hanya akan melibatkan pelajar menduduki SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lalu.

Tarikh peperiksaan SPM, SVM dan STAM akan bermula 22 Februari sementara STPM akan diadakan pada 8 Mac ini.

Lagi di sini:

SUMBER : THE BORNEO POST
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy