fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Demi Capaian Internet, Bapa Ini Sanggup Mendirikan Khemah Atas Bukit Untuk Anaknya Belajar

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 November 2020
Demi Capaian Internet, Bapa Ini Sanggup Mendirikan Khemah Atas Bukit Untuk Anaknya Belajar
Share on FacebookShare on Twitter

Atas bukit setinggi 20 meter

Demi Capaian Internet, Bapa Ini Sanggup Mendirikan Khemah Atas Bukit Untuk Anaknya Belajar. Seorang bapa di Kelantan sanggup mendirikan khemah atas bukit setinggi 20 meter untuk anak perempuanya untuk mengambil bahagian dalam sesi pembelajaran dalam talian.

Oleh kerana capaian internet dan telekomunikasi yang buruk di kampung mereka, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain menghadapi ketidakselesaan demi sesi pembelajaran.

Demi Capaian Internet, Bapa Ini Sanggup Mendirikan Khemah Atas Bukit Untuk Anaknya Belajar
Demi Capaian Internet, Bapa Ini Sanggup Mendirikan Khemah Atas Bukit Untuk Anaknya Belajar

Seorang pelajar University Malaya

Mohd Azmi Ahmad, berusia 48 tahun, memutuskan untuk mengambil tindakan dengan mendirikan sebuah khemah atas bukit untuk anak perempuannya iaitu Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi, 20 tahun. Nurlieda, seorang pelajar teknologi makmal perubatan tahun kedua dari Universiti Malaya, mengatakan sebelum khemah itu didirikan, beliau biasanya pergi ke bandar sekitar 3km untuk mendapatkan capaian internet yang baik untuk pelajarannya.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Memecah Tradisi

Namun, akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPP) di Kelantan selama 2 minggu mulai 21 November lalu, bapanya memutuskan untuk mendirikan khemah untuknya.

Dalam khemah tersebut, Mohd Azmi juga turut meletakkan beberapa kerusi dan meja di khemah yang terletak sekitar 30m dari rumah mereka untuk memastikan Nurlieda dapat belajar dengan selesa.

Demi Capaian Internet, Bapa Ini Sanggup Mendirikan Khemah Atas Bukit Untuk Anaknya Belajar
Khemah yang didirikan oleh Mohd Azmi. Kredit: BERNAMA

‘Kelas’ harian

Menurut Nurlieda, beliau menggunakan ‘kelas’ itu hampir setiap hari selama PKPP tetapi tidak pada waktu malam kerana beliau bimbang dengan keselamatannya dan risiko terkena binatang berbisa seperti ular.

Sebab beliau tidak menggunakan khemah itu pada waktu malam – Beliau bimbang dengan keselamatan peribadi beliau.

Beliau akan membawa sebuah komputer riba dan modem tanpa wayarnya dan menghabiskan kira-kira 2 – 3 jam sehari di khemah terbabit untuk menjalani sesi pembelajaran atau menduduki peperiksaan.

“Yang paling membimbangkan saya ialah saya sekarang sedang menduduki peperiksaan dari 23 November hingga 3 Disember. Saya harus menghidupkan kamera telefon bimbit saya untuk membolehkan pensyarah mengawasi saya,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau merasa tertekan dengan capaian Internet yang terputus di kampung yang menyukarkan beliau menduduki peperiksaan.

“Dua jam yang disediakan tidak mencukupi kerana capaian yang tidak stabil. Sekiranya Internet terputus, saya harus membuatnya semula dan tidak ada masa tambahan yang diberikan,” katanya lagi.

Kasih seorang bapa memang tiada batasnya apabila Mohd Azmi mendedahkan bahawa beliau sanggup menemani anak sulungnya itu di khemah sehingga Nurlieda tamat kelas atau peperiksaan.

“Terutamanya sekarang, kerana ia sentiasa hujan setiap hari. Khemah itu tidak selesa, tetapi kami tidak mempunyai pilihan kerana ini demi masa depannya. Ini bukan masalah yang hanya kita hadapi, tetapi terdapat juga pelajar lain di institusi pendidikan tinggi dan sekolah menghadapi masalah ini juga,” kata Mohd Azmi.

Tambahnya lagi, masalah capaian Internet dan telekomunikasi bukan perkara baru, dan mereka yang berada di 5 kampung berdekatan juga menghadapi masalah serupa. Malah, terdapat juga yang telah membina rumah pokok untuk mendapatkan capaian internet yang lebih baik.

Salah seorang yang terkenal tahun ini semasa PKP yang membina treehouse untuk menduduki peperiksaan ialah Veveonah dari Sabah. Kredit: BBC

Kasih seorang bapa memang tiada batasannya. Semoga para pelajar lain yang senasib tabah menghadapi kesukaran capaian internet semasa zaman yang mencabarkan ini! Sementara itu, diharapkan pihak relevan mula mengambil inisiatif untuk menangani masalah ini.

Lagi di sini:

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy