fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Dibaham Buaya Semasa Mandi Sungai, Kanak-Kanak Lelaki Maut

Kedung BK Oleh Kedung BK
11 Disember 2020
Dibaham Buaya Semasa Mandi Sungai, Kanak-Kanak Lelaki Maut
Share on FacebookShare on Twitter

Kejadian berlaku di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu

Dibaham Buaya Semasa Mandi Sungai, Kanak-Kanak Lelaki Maut. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dilaporkan maut dibaham buaya di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu sekitar 1:30pm hari ini.

Dibaham Buaya Semasa Mandi Sungai, Kanak-Kanak Lelaki Maut

Mangsa sedang mandi di sungai bersama rakan

Menurut laporan, mangsa sedang mandi di sungai terbabit bersama rakannya apabila mangsa dibaham buaya.

Rakan mangsa segera pulang ke rumah setelah melihat kejadian terbabit dan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa mangsa.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Memecah Tradisi

Sebuah operasi mencari dan menyelamat (SAR) dibuat oleh Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu setelah pihak polis menerima laporan tentang kejadian terbabit.

Kredit: Astro Awani

Mangsa ditemui beberapa jam kemudian

Mangsa ditemui terapung tidak jauh dari tempat kejadian sekitar pukul 3:30pm. Jarak tempat kejadian dengan rumah mangsa dilaporkan terletak sekitar 20 meter sahaja.

Menurut laporan lagi, mangsa mengalami kecedaraan di bahagian pinggang, perut dan dada. Mangsa sudah meninggal dunia ketika dijumpai.

Gambar hiasan. Kredit: Danau Girang Field Centre

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mereka yang tinggal di pesisir sungai dan pantai dipesan untuk sentiasa berhati-hati untuk mengelak diserang buaya. Hati-hati kalau berada di dalam sungai, ok?

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy