fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
13 Januari 2021
Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Siapa peminat Hell’s Kitchen, angkat tangan!

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In. Bagi peminat rancangan realiti TV bertemakan masakan iaitu Hell’s Kitchen, anda pastinya teruja mendengar berita ini. Chef terkemuka dunia, Gordon Ramsay bakal membuka restorannya di Malaysia tidak lama lagi!

Wow!

ADVERTISEMENT

Restoran tersebut yang dinamakan sebagai Gordon Ramsay Bar & Grill merupakan restoran pertama Gordon Ramsay di Malaysia dan bakal dibuka di Sunway City Kuala Lumpur. Menurut laman sesawang Sunway Resort, ini merupakan satu-satunya cawangan restoran self-titled Gordon Ramsay selain cawangan utamanya di Mayfair, London. Dengan pembukaan restoran ini, ia menjadikan Malaysia sebagai destinasi ketiga Gordon Ramsay membina empayarnya di Asia selain dua lagi restorannya di Singapura dan Hong Kong.

Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Sumber foto : Sunway Hotel & Resorts

Nak cuba Beef Wellington? Dah ada dah ni!

Bagi anda yang gemar menonton rancangan realitinya iaitu Hell’s Kitchen, pasti anda sudah tidak asing lagi dengan menu hidangan yang sering ‘dirosakkan’ oleh anak buahnya iaitu Beef Wellington. Dengan adanya restoran terbaru beliau, anda kini berpeluang untuk merasai sendiri hidangan signature Gordon Ramsay iaitu Beef Wellington!

ArtikelBerkaitan

RM200 Juta Diperuntukan Bagi Meringankan Beban Mangsa Terjejas Akibat Banjir

Aplikasi Ditambah Baik, Anda Kini Boleh Lapor Menerusi MySejahtera Jika Positif COVID-19

Selain itu, menu lain yang diwar-warkan di restoran terbaharu tersebut juga adalah Sticky Toffee Pudding.

ADVERTISEMENT
Gordon Ramsay Buka Restoran Di Malaysia, Sudah Mula Terima Tempahan Dine-In
Dari kiri, Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding

Sudah buka tempahan untuk dine-in seawal 6 bulan sebelum pembukaan. Fuh!

Restoran yang dinantikan ramai ini bakal dibuka pada bulan Jun 2021. Namun demikian, belum sempat keterujaan ini menerjah masyarakat di Malaysia, restoran ini sudah membuat langkah yang lebih awal dengan membuka tempahan pesanan seawal 6 bulan sebelum! Mesti panjang queue ni nanti.

Walaupun menu keseluruhan belum didedahkan, kami pasti rakyat Malaysia berharap agar Gordon Ramsay dapat menyenaraikan salah satu makanan Malaysia yang ikonik dan pernah dibuat oleh chef tersebut iaitu rendang.

ADVERTISEMENT

Lihat bagaimana beliau dimarahi oleh chef restoran di Malaysia ini semasa beliau membuat penggambaran memasak rendang suatu ketika dahulu ;

Bagaimana? Adakah anda ingin merasa hidangan yang selalu dimasak oleh Gordon Ramsay seperti dalam rancangannya, Hell’s Kitchen? Dah boleh tempah dah tu.

Baca juga :

Share90Tweet57SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy