fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Inisiatif CERDIK Bantu Pelajar B40 Sediakan Akses Digital Akan Dilancarkan Februari Ini

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
27 Januari 2021
Inisiatif CERDIK Bantu Pelajar B40 Sediakan Akses Digital Akan Dilancarkan Februari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Bantuan ini bertujuan untuk membantu serta membiasakan pelajar B40 dengan norma baharu pembelajaran dalam talian.

Inisiatif CERDIK Bantu Pelajar B40 Sediakan Akses Digital Akan Dilancarkan Februari Ini. CERDIK merupakan satu inisiatif untuk membantu menyediakan akses digital seperti komputer riba, tablet, dan penyambungan data kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau B40 yang akan dilancarkan Februari ini.

Langkah tersebut adalah untuk membantu pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah untuk membiasakan diri mereka dengan norma baharu bagi pembelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran di luar kelas.

Inisiatif CERDIK Bantu Pelajar B40 Sediakan Akses Digital Akan Dilancarkan Februari Ini
Inisiatif CERDIK Bantu Pelajar B40 Sediakan Akses Digital Akan Dilancarkan Februari Ini

Pemilihan akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemilihan pelajar dan sekolah yang akan terlibat dengan CERDIK akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

ArtikelBerkaitan

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Memecah Tradisi

KPM juga akan meneliti spesifikasi perkakasan dan juga perisian untuk memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih lestari terutamanya dari segi sokongan jaminan, kebolehgunaan, dan jangka hayat yang lebih lama untuk pembelajaran digital pada masa hadapan.

Inisiatif CERDIK Bantu Pelajar B40 Sediakan Akses Digital Akan Dilancarkan Februari Ini

Yayasan Hasanah

Selain itu, Yayasan Hasanah akan berperanan sebagai Sekretariat kepada inisiatif CERDIK.

Pengarah Urusannya, Shahira Ahmed Bazari berkata, yayasan tersebut komited untuk menyokong model pembelajaran yang inovatif dan berskala bagi membolehkan akses kepada pembelajaran berkualiti untuk semua.

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November lepas oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang akan diselia Yayasan Hasanah.

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy