Keputusan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang akan diteruskan oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Jambatan Akan Ganti Semua Perkhidmatan Feri, Titik Feri Di Sarawak Akan Diganti. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dilapor mengatakan bahawa kerajaan negeri akan membina jambatan untuk menggantikan semua perkhidmatan feri yang kini menghubungkan jalan raya utama di negeri Sarawak.
Menurut beliau, keputusan ini adalah keputusan Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem dengan persetujuan Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan beliau hanya meneruskan polisi Allahyarham.

Jambatan Batang Lupar yang dicadangkan sepatutnya dibiayai 50/50 oleh kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri
Katanya lagi, Jambatan Batang Lupar yang sepatutnya dibiayai 50/50 oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak diteruskan akibat dana ditarik oleh Pakatan Harapan (PH) ketika kerajaan baru mengambil alih.
Beliau juga mengatakan bahawa untuk menghentikan semua perkhidmatan feri di Sarawak, beliau telah meluluskan semua projek jambatan tersebut. Tambahnya lagi, semua projek jambatan telah dimulakan kecuali yang dilakukan di Batang Lupar.
Sementara itu, dana telah diperuntukkan untuk pembinaan jambatan Batang Lupar, dan upacara pecah tanah akan diadakan tidak lama lagi.

Dijangka siap pada tahun 2025
Menurutnya lagi, beliau menjangkan semua jambatan berkenaan (termasuk Batang Lupar) akan siap pada tahun 2025.
“Perlu masa sekitar 4 tahun untuk menyiapkan Batang Lupar (jambatan) kerana ia adalah yang terpanjang, iaitu sekitar 7 kilometer. Jambatan terpanjang kedua adalah jambatan di Batang Lassa, yang kini dalam pembinaan,” ujarnya lagi.
Jambatan lain yang sedang disekat termasuk di seberang Batang Paloh, Batang Saribas, Batang Krian, Sungai Kemena dan Batang Lassar.
Jumlah kos semua projek jambatan mega di negeri ini adalah sekitar RM5 bilion dan dibiayai oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).