fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM

Kedung BK Oleh Kedung BK
25 Februari 2021
Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk mendapatkan konten terkini dan peluang giveaway bulanan.

Join Telegram Kami

Kekeliruan terbabit dijelaskan oleh KKM

Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM. Semalam, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi warga Malaysia pertama disuntik vaksin Pfizer-BioNTech.

Suntikan tersebut disiar secara langsung dan antara perkara yang dijadikan perbahasan dalam sosial media adalah mengapa dua jenis jarum berbeza digunakan untuk pemberian vaksin terbabit.

Jarum Suntik Warna Berbeza Semasa Vaksinasi PM Cetus Kekeliruan, Ini Penjelasan KKM

“Jarum mempunyai fungsi berbeza,” – KKM

Menurut laporan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjelaskan mengapa jarum yang digunakan mempunyai warna yang berbeza.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Hampir Cecah Seribu, Sarawak Catat 960 Kes Positif COVID-19 Hari Ini

Batalkah Puasa Jika Lakukan Ujian Swab COVID-19? Ini Jawapannya

Terdapat kekeliruan di kalangan netizen apabila mereka menyedari bahawa jarum yang digunakan adalah berbeza warna – biru dan merah – mencetuskan pelbagai konspirasi sehingga ada yang mempersoalkan sama ada benar vaksin yang disuntik di lengan Perdana Menteri adalah vaksin sebenar.

Mujur KKM tampil menjelaskan perkara sebenar, di mana mereka menyatakan bahawa penggunaan dua jenis jarum itu mempunyai saiz berbeza untuk fungsi berlainan.

Jarum berwarna biru digunakan untuk menyedut cecair vaksin dari bebuli bersaiz besar untuk memastikan pengambilan yang lancar.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: CNET

Bagi jarum berwarna merah/jingga, jarumnya lebih kecil dan digunakan untuk inokulasi bagi memastikan kurang sakit dan lebam.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: CIDRAP

Bagi mengelakkan pencemaran silang antara pesakit, penggunaan jarum berbeza harus diperlukan.

Semalam, Muhyiddin menjadi individu pertama di Malaysia menerima suntikan vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNTech, memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara rasmi.

Sarawak telah menerima vaksin terbabit hari ini untuk Program Imunisasi Fasa 1 Peringkat Negeri Sarawak, di mana Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bakal menjadi penerima vaksin pertama di negeri ini.

Beliau akan menerima vaksin tersebut pada 26 Februari 2021 di Klinik Kesihatan Petra Jaya, Kuching.

Lagi di sini:

SUMBER : BERITA HARIAN
Share62Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy