fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
22 Februari 2021
Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem ART Sarawak dijangka beroperasi pada tahun 2025.

Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak. Tahukah anda bahawa Johor bakal menjadi negeri pertama di Malaysia, bahkan yang pertama di rantau ini yang bakal membuat ujian percubaan pertama sistem ART? Sistem gerabak yang pertama telah tiba di Johor dan dilaporkan bakal menjalani ujian percubaan kebolehgunaan pada suku pertama tahun ini.

Sistem ART ini bakal diuji di Iskandar Malaysia untuk projek Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT). Ujian ini pada asalnya dilaksanakan pada tahun 2019 namun terpaksa ditunda ke suku pertama tahun 2021 akibat pandemik COVID-19.

Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak
Sistem ART.
Sumber : @NicholasBoey
Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak
ART yang selamat tiba di Pelabuhan Johor awal tahun lalu.
Sumber : TheEdgeMarket

Boleh pandu sendiri dan kesan tanda jalan khas!

Untuk pengetahuan anda, ART merupakan sistem transit berkapasiti sederhana yang menggunakan jana kuasa bersih seperti elektrik dan hidrogen. Bukan itu sahaja, sistem pengangkutan ini telah mengguna pakai teknologi swapandu dan mampu mengesan tanda jalan khas bagi membolehkannya berada di landasan yang betul.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Memecah Tradisi

Dengan hanya 10 minit pengecasan bateri, gerabak ART ini berupaya untuk bergerak sehingga ke jarak 24 kilometer dengan kelajuan 70 kilometer sejam. Malah, sistem pengangkutan yang seumpamanya di Malaysia ini juga mampu memuatkan sehingga 309 orang penumpang dengan seorang pemandu berperanan memastikan tahap keselamatan adalah pada tahap yang terbaik.

Sumber : @NicholasBoey

ART mula beroperasi di China pada tahun 2019

China telah memperkenalkan sistem pengangkutan ART ini pada tahun 2019 selepas tamat tempoh percubaan. Beberapa bandar di seluruh China juga telah mengguna pakai sistem pengangkutan ART ini termasuklah di bandar Yibin. Lebih menarik, kadar kesesakan juga telah berkurang sehingga 20% sejak penggunaan sistem ART di China.

Sebelum ini, Sarawak dijangka bakal menambah rangkaian sistem pengangkutan awam di Sarawak dengan melaksanakan sistem yang sama.

Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak
Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak

Menerusi laporan akhbar Borneo Post, Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, berkata bahawa ujian percubaan ART di Sarawak dijangka bakal diuji selewat-lewatnya pada tahun 2023 dan bakal beroperasi secara komersial pada tahun 2025.

Semoga cepat dikit siap. Dapatlah kita nait ART dari Kuching ke Samarahan.

Baca juga artikel lain yang menarik :

SUMBER : The Edge Market
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy