fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Kerana Berkaitan Dengan Kluster Pasai, Rumah Panjang Di Miri Dikawal Ketat

Kedung BK Oleh Kedung BK
11 Januari 2021
Kerana Berkaitan Dengan Kluster Pasai, Rumah Panjang Di Miri Dikawal Ketat
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Rh Ramba @ Rh Emah Sg. Liam Baru di Bakong dikawal ketat

Kerana Berkaitan Dengan Kluster Pasai, Rumah Panjang Di Miri Dikawal Ketat. Dilaporkan sebuah rumah panjang, iaitu Rh Ramba @ Rh Emah Sg. Liam Baru di Bakong, Miri telah dikawal ketat apabila ia didapati bahawa 5 individu dikesan menghadiri upacara pengebumian di Rh Langi, Pasai Siong di Sibu – pusat Kluster Pasai.

Kerana Berkaitan Dengan Kluster Pasai, Rumah Panjang Di Miri Dikawal Ketat

Dilaksanakan sejak 10 Januari 2021

Menurut pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Miri (MDMC) , Datuk Lee Kim Shin, kawalan ketat di rumah panjang terbabit dikenakan sejak 10 Januari 2021 (semalam).

ADVERTISEMENT
Kredit: Astro Awani

Menurut beliau, MDMC telah mengadakan pertemuan semalam dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS) dan didapati lima individu dikesan menghadiri upcara pengebumian di Rh Langi, Pasai Siong di Sibu setelah siasatan dibuat.

“Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, kawalan ketat dikenakan ke atas RH Ramba @Rh Emah Sg. Liam Baru di Bakong bermula semalam,” katanya lagi.

Sibu mencatatkan 37 kes Covid-19 Sabtu lalu

Ketua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sibu, Charles Siaw, mendedahkan Sabtu lalu bahawa daerah terbabit mencatatkan 37 kes Covid-19 positif dan kemunculan sebuah kluster baru iaitu Kluster Pasai Siong.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 60 Kes Baharu COVID-19 Dicatat Di Sarawak Hari Ini

Berikut Adalah 5 Senarai Bantuan Yang Disediakan Oleh Kerajaan Pada Tahun 2021

Kes-kes tersebut dikesan melalui hasil pemeriksaan seorang wanita yang kembali ke rumah panjangnya Rh Langi Ambau Douglas dari Johor untuk upacara pengebumian pada 29 Disember.

ADVERTISEMENT
Gambar sekadar hiasan.

Susulan itu, 8 rumah panjang di Pasai Siong telah dikawal ketat.

Semalam, jumlah rumah panjang di kawasan Pasai Siong yang dikenakan kawalan ketat telah meningkat kepada 19 buah dari lapan sebelumnya agar pihak berkuasa boleh meliputi kawasan yang lebih luas untuk melakukan pengesanan kes aktif.

ADVERTISEMENT

Sementara itu, Datuk Lee Kim Shin menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan pengesanan kes aktif semenjak peningkatan drastik kes Covid-19 positif di Miri yang melibatkan Kluster Bah Sayap.

942 individu telah dikenal pasti untuk menjalani ujian saringan. Dari jumlah ini, 614 individu telah menjalani ujian tersebut dan 280 didapati negatif.

Miri kini menjadi zon merah berikutan peningkatan drastik kes positif.

Lagi di sini:

Source: THE BORNEO POST
Share70Tweet44SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy