fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kes Baru Setiap Hari Turun Di Bawah 2000 Sejak Program Imunisasi Bermula

Kedung BK Oleh Kedung BK
26 Februari 2021
Kes Baru Setiap Hari Turun Di Bawah 2000 Sejak Program Imunisasi Bermula
Share on FacebookShare on Twitter

Perkembangan selama seminggu meyakinkan

Kes Baru Setiap Hari Turun Di Bawah 2000 Sejak Program Imunisasi Bermula. Dilaporkan jangkitan baru setiap hari telah menurun di bawah 2,000 sejak Program Imunisasi COVID-19 bermula dua hari yang lalu.

Ini adalah pertama kalinya angka ini dilaporkan dalam beberapa minggu dan menunjukkan perkembangan yang meyakinkan untuk negara ini.

Kes Baru Setiap Hari Turun Di Bawah 2000 Sejak Program Imunisasi Bermula

Kali terakhir Malaysia mencatatkan jumlah kes kurang daripada 2,000 adalah Januari lalu

Menurut laporan, 1,924 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam hingga tengah hari semalam.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sekolah Di Sibu Tutup 14 Hari, Sarawak Catat 489 Kes Positif COVID-19

“Saya Bekerja Keras Di 7 Paralimpik Untuk Negara Tapi Ini Balasan Saya,” Ini Kisah Mariappan Perumal

Dengan kes baru semalam, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 293,698 sementara kes aktif menurun kepada 28,837 kes.

Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes baru setiap hari berjumlah di bawah angka 2,000 adalah pada 3 Januari dengan 1,704 kes dilaporkan.

Kerajaan Malaysia telah melancarkan pelan imunisasi Covid-19 pada hari Rabu lalu, dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjadi warga Malaysia pertama diberikan vaksin Covid-19.

Kumpulan pertama vaksin dari Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.

Pesawat yang membawa kumpulan pertama vaksin Covid-19 Malaysia telah tiba beberapa hari lalu. Kredit: The Straits Times

Vaksin akan dilaksanakan dalam 3 fasa

Progam Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan dalam tiga fasa untuk memastikan perkembangan imuniti kawanan di kalangan masyarakat dan memutuskan rangkaian penularan koronavirus.

Fasa pertama adalah dari Februari hingga April, Fasa kedua dari April hingga Ogos manakala Fasa ketiga akan dibuat dari Mei hingga Februari 2022.

Vaksin dari Pfizer-BioNTech akan diberi dalam 3 fasa.

Sekitar 80% penduduk atau 26.5 juta orang dijangka akan diimunisasi di bawah program ini.

Untuk mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejahtera, anda boleh baca di sini untuk langkahnya.

Sementara itu, laman sesawang pendaftaran vaksin di Malaysia bakal dibuka pada 5 Mac 2021.

Lagi di sini:

SUMBER : ASTRO AWANI
Share76Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy