fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
17 November 2020
Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah dilarang merokok oleh pekerja Starbucks, lelaki ini bertindak menyerang pekerja tersebut.

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks. Seorang lelaki telah bertindak mencederakan pekerja Starbucks hanya kerana tidak puas hati ditegur merokok di tempat awam. Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Majistret Mohamed Fared Abdul Latif telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mitchel Glend Samson, 27, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya dan tertuduh telah diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Lelaki Didenda RM1000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Starbucks Plaza Berjaya

Lelaki tersebut telah didakwa mencederakan pekerja kedai Starbucks Nur Hanisah Abu Hasan, 23, di hadapan kedai Starbucks Plaza Berjaya, Jalan Imbi Kuala Lumpur, pada 3.20 petang 13 November lalu, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Mohamed Fared bertanya kepada tertuduh mengenai kejadian itu dan rayuannya untuk mengurangkan hukuman.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Tertuduh berkata selepas mengimbas aplikasi MySejahtera di kedai tersebut, statusnya adalah ‘berisiko tinggi’ dan dia tidak dibenarkan masuk oleh pekerja kedai tersebut, lalu dia duduk di tepi Starbucks sambil menghisap rokok sementara menunggu rakannya untuk membelikan kopi untuknya.

Lelaki Didenda RM1000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Halang hisap rokok

“Tetapi pekerja Starbucks datang dan menghalang saya dari menghisap rokok dengan cara yang kurang sopan. Saya cuba cakap baik-baik dengan dia tetapi tidak diendahkan.

Tetapi saya mengaku bersalah kerana memang saya naik tangan kepadanya. Saya mohon maaf dan mohon hukuman diringankan kerana masih menanggung keluarga di Sabah,” katanya.

Lelaki Didenda RM1000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Mengaku bersalah

Tetapi saya mengaku bersalah kerana memang saya naik tangan kepadanya. Saya mohon maaf dan mohon hukuman ringan kerana masih menanggung keluarga di Sabah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor mangsa hanya menjalankan tugasnya dan kecederaan di bahagian mulut yang dialaminya.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy