fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Januari 2021
Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac
Share on FacebookShare on Twitter

Tapi ada syaratnya.

Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac. Urusan pembaharuan lesen terutamanya lesen memandu dan lesen kenderaan memerlukan anda untuk pergi ke kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan secara fizikal. Namun demikian, memandangkan kini pelaksaan semula PKP akibat situasi pandemik di Malaysia yang meningkat semula, urusan tersebut pastinya sesuatu yang leceh dan rumit.

Kementerian Pengangkutan Malaysia hari ini mengumumkan untuk memberi pengecualian kepada semua urusan pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) berkuatkuasa 1 Februari hingga 31 Mac 2021.

Pengecualian tersebut dibuat bagi membolehkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara dipatuhi oleh semua pihak selain mengurangkan kesesakan di tempat awam.

Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac
Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac

Tiada pengecualian untuk pembaharuan Lesen Vokasional (GDL dan PSV)

Walau bagaimanapun, tiada pengecualian diberikan kepada pemegang Lesen Vokasional (GDL dan PSV) kerana sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan pemandu ini dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Mesti ada perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh lesen tidak diperbaharui

Menurut Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Dr. Wee Ka Siong, pemandu serta pemilik kenderaan walau bagaimanapun perlu memastikan bahawa mereka memiliki perlindungan insurans yang masih sah. Salinan perlindungan insurans ini perlulah ditunjukkan kepada pegawai penguat kuasa trafik sekiranya diminta.

Selepas tamat tempoh pengecualian tersebut, para pemegang LKM dan CDL yang telah tamat tempoh atau bakal tamat tempoh dikehendaki untuk memperbaharui lesen mereka dalam tempoh masa 30 hari iaitu sehingga 30 April 2021.

Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Dikecualikan Daripada Pembaharuan Bermula 1 Februari Hingga 31 Mac
Contoh salinan nota insurans

Tahun lalu, pengecualian ini juga pernah dilaksanakan dari 25 Mac hingga 30 September 2020 susulan penguatkuasaan PKP 1.0.

Wee juga mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhemah semasa memandu dan patuhi SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP.

Baca juga artikel menarik seperti ini :

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy