fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
24 Disember 2020
Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan mutasi virus COVID-19 di Malaysia.

Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V. Mutasi virus COVID-19 yang dikenali sebagai A701V adalah melalui hasil kajian sampel dari Sabah.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Sri Dr Noor Hisham, mutasi tersebut dikesan hasil daripada ujian terhadap 60 sampel daripada Kluster Benteng Lahad Datu.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan belum lagi dapat menyimpulkan sama ada mutasi baharu itu memiliki tahap kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat ‘ganas’.

ArtikelBerkaitan

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V

Hasil ujian kluster Benteng Lahad Datu mendapati terdapat mutasi A701V

“Ogos lalu, kita mengesan mutasi virus D614G di Kedah melalui kluster Sivagangga, selain ia turut dikesan di Johor di dan Sabah.

“Hasil ujian 60 sampel daripada kluster Benteng Lahad Datu pula, kita mendapati terdapat juga mutasi A701V, yang turut pernah dikesan di Afrika Selatan, Australia dan Belanda.

“Bagaimanapun, kita belum dapat pastikan impak kesihatannya, sama ada mutasi A701V ini memiliki kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat ‘ganas’ seperti D614G,” katanya pada sidang media mengenai COVID-19 di sini, hari ini.

Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V

Virus COVID-19 akan sentiasa bermutasi, namun

Tambah Dr Noor Hisham lagi, virus COVID-19 akan sentiasa bermutasi, namun apa yang perlu diberi tumpuan ialah sama ada mutasi baharu itu memiliki impak kesihatan yang lebih besar, berbanding varian sedia ada.

“Contohnya seperti mutasi D614G didapati memiliki 10 kali lebih jangkitan. Begitu juga varian baharu di United Kingdom (UK) dikenali sebagai VUI-202012/01, yang dikatakan 70 peratus lebih mudah berjangkit.

“Kementerian Kesihatan sedang memantau kesan mutasi baharu A701V ini, dari segi sama ada ia memiliki kesan pada keberkesanan vaksin, kadar kebolehjangkitan meningkat dan keganasan virus ini,” menurut beliau.

Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus COVID-19 Dikenali Sebagai A701V

Kerajaan masih kekal tempoh quarantin 10 hari

Apabila ditanya sama ada kerajaan akan menambah kembali tempoh kuarantin individu dari luar negara kepada 14 hari, berbanding 10 hari susulan penemuan mutasi baharu di UK itu, Dr Noor Hisham berkata bahawa, kerajaan masih kekal dengan tempoh 10 hari.

“Kajian menunjukkan tidak banyak beza antara kuarantin selama 10 hari atau 14 hari kerana kebanyakan kes yang dijangkiti virus itu akan bergejala atau boleh dikesan pada minggu pertama.

“Jika lihat varian baharu di UK, Malaysia masih mengekalkan sekatan masih dijalankan membabitkan 23 negara, dan individu dari negara terbabit akan kekal disaring dan dipantau selama 10 hari,” kata Dr Noor Hisham.

Kredit: Berita Harian

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy