fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan

Kedung BK Oleh Kedung BK
9 Februari 2021
Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan
Share on FacebookShare on Twitter

Vaksin COVID-19 fasa pertama akan mula diedarkan mulai bulan ini

Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan. Dilaporkan vaksin Covid-19 fasa pertama akan mula diedarkan kepada sekitar satu juta rakyat Malaysia mulai bulan ini.

Digelar Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, ia merupakan salah satu program vaksinasi terbesar di Malaysia.

Pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19, Sekitar Satu Tahun Diperlukan Untuk Mencapai Imuniti Kawanan

Perlu sekitar setahun untuk mencapai imuniti kawanan

Menurut laporan, ia akan memerlukan sekitar satu tahun untuk mencapai imuniti kawanan terhadap Covid-19 menerusi program ini.

Untuk mencapai imuniti kawanan, sekitar 80% penduduk perlu diberi vaksin Covid-19. Penyataan ini dinyatakan oleh Saintis Ts. Dr Ummirul Mukmimin Kahar dari Institut Genom Malaysia, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).

ArtikelBerkaitan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNtech dijangka diterima oleh Malaysia pada akhir Februari dan kakitangan barisan hadapan akan menjadi penerima awal vaksin ini.

Vaksin Covid-19 dari Pfizer-BioNtech

Pelan Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan dilaksanakan dalam tiga fasa dan akan berlangsung hingga Februari 2022.

Sejumlah 600 pusat vaksinasi akan dibuka

Dr Ummirul mengatakan bahawa sejumlah 600 pusat vaksinasi akan dibuka di seluruh negara untuk melakukan vaksinasi ini di bawah pelan terbabit.

Pusat vaksinasi ini akan di bawah pengawasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hospital, dan universiti.

Beberapa jenis vaksin Covid-19 telah dikenal pasti oleh KKM (menerusi Badan Pengawas Farmaseutikal Nasional [NPRA]) selain Pfizer-BioNTECH iaitu

  • Astra Zeneca-Oxford
  • Sinovac Biotech
  • Gamaleya Institut Penyelidikan

Imuniti penting bukan sahaja untuk perlindungan

Beliau menambah lagi bahawa ia sangat penting untuk negara mencapai imuniti kawanan kerana ia bukan sahaja untuk melindungi mereka yang telah divaksin tetapi juga orang di sekeliling.

Imuniti kawanan dapat melindungi orang sekeliling.

Imuniti kawanan adalah apabila jangkitan yang ditularkan oleh virus tidak dapat menjangkiti sekumpulan orang. Hal ini kerana kebanyakan anggota masyarakat telah membina imuniti untuk melawan penyakit tersebut.

Imuniti ini boleh melindungi mereka yang berada dalam golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, dan orang yang mempunyai masalah kesihatan dalaman.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy