fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Pengumuman Pelanjutan PKP Atau Tidak Akan Diumumkan Petang Ini Jam 6

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
11 Januari 2021
Pengumuman Pelanjutan PKP Atau Tidak Akan Diumumkan Petang Ini Jam 6
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Pelaksanaan PKP akan diumumkan jam 6 petang hari ini.

Pengumuman Pelanjutan PKP Atau Tidak Akan Diumumkan Petang Ini Jam 6. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman penting jam 6 petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID-19 yang mencatat empat angka setiap hari.

Pada 8 Januari lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengumuman oleh perdana menteri itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang bakal diambil Kerajaan Persekutuan susulan situasi semasa penularan jangkitan COVID-19.

ADVERTISEMENT
Pengumuman Pelanjutan PKP Atau Tidak Akan Diumumkan Petang Ini Jam 6
Pengumuman Pelanjutan PKP Atau Tidak Akan Diumumkan Petang Ini Jam 6

Pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri

“Insya-Allah satu pengumuman akan dibuat oleh perdana menteri dalam masa terdekat bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan.

“Sementara itu, saya ingin ingatkan seluruh rakyat dan diri sendiri untuk terus mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan,” kata beliau pada sidang media tersebut.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: 60 Kes Baharu COVID-19 Dicatat Di Sarawak Hari Ini

Berikut Adalah 5 Senarai Bantuan Yang Disediakan Oleh Kerajaan Pada Tahun 2021

Jangkitan baharu harian COVID-19 pada 10 Januari adalah sebanyak 2,433 kes, dengan kes harian tertinggi dicatatkan sepanjang masa sejak PKP dilaksanakan ialah pada 7 Januari lepas, iaitu sebanyak 3,027 kes.

ADVERTISEMENT
Pengumuman Pelanjutan PKP Atau Tidak Akan Diumumkan Petang Ini Jam 6

Jumlah kematian yang tercatat ialah sebanyak 551 kes

Jumlah kematian yang tercatat pula ialah sebanyak 551 kes, bersamaan dengan 0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 iaitu sebanyak 135,992 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes.

Walaubagaimanapun, kadar sembuh sepenuhnya terus menunjukkan angka yang meyakinkan iaitu sekitar 75 hingga 85 peratus dengan jumlah terkini sembuh sepenuhnya ialah 108,109 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

ADVERTISEMENT

Oleh hal yang demikian, pengumuman penting jam 6 petang ini susulan kenaikan kes mendadak COVID-19 akan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lagi di sini:

Source: Astro Awani
Share65Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy