fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
8 Februari 2021
Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar
Share on FacebookShare on Twitter

Hal ini berlaku sejak rampasan kuasa tentera yang baru-baru ini berlaku di Myanmar.

Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar. Isnin lalu, pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) termasuk Aung San Suu Kyi telah ditahan oleh junta tentera di rumahnya yang terletak di ibu negara Naypyidaw akibat rampasan kuasa oleh tentera Myanmar.

Berikutan hal tersebut, rakyat Malaysia yang bekerja di pelantar minyak Petronas di Laut Andaman, perairan Myanmar dipercayai terkandas sejak rampasan kuasa berlaku di pada Isnin lalu.

Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar
Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar

Terputus hubungan dengan daratan

Sebelum ini hebah mengatakan kesemua pekerja terbabit terputus hubungan dengan daratan dan berhadapan dengan kehabisan bekalan makanan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: PKPD Di Kampung Emperoh Jambu Padawan Ditamatkan Hari Ini

Kenali 4 Wanita Hebat Kelahiran Borneo Yang Pernah Memecah Tradisi

Oleh itu, Petronas telah memperluaskan lagi usaha mereka bagi memastikan keselamatan 155 pekerja di pelantar minyak Yetagun, perairan Myanmar yang terkandas sejak Isnin lalu.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media oleh Jabatan Perhubungan Media, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas pada petang Ahad semalam.

Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar

Petronas telah berhubung dengan kontraktor bagi memastikan kesejahteraan pekerja

“Berhubung laporan berita bahawa pekerja pelantar minyak terkandas di luar pantai Myanmar berikutan rampasan kuasa tentera di Myanmar, Petronas ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah berhubung dengan kontraktor bagi memastikan kesejahteraan pekerja mereka dan memastikan bekalan keperluan termasuk makanan, air dan bahan bakar mencukupi,” jelas kenyataan itu.

“Sejumlah 36 pekerja lagi di bawah kontraktor dan dua pekerja Petronas telah dipindahkan ke hotel berdekatan dengan selamat untuk menjalani sesi rehat dan rawat, serta mengambil kira keperluan kuarantin COVID-19,” jelas kenyataan itu.

Petronas Pastikan Keselamatan Rakyat Malaysia Yang Terkandas Di Perairan Myanmar

Sedang bekerjasama rapat dengan pihak kontraktor

Di samping itu, Petronas dalam kenyataan itu lagi sedang bekerjasama rapat dengan pihak kontraktor, Kedutaan Besar Malaysia di Myanmar dan Wisma Putra serta agensi berkaitan untuk menguruskan perkara itu.

“Keselamatan dan kesejahteraan pekerja kontraktor dan keluarga mereka adalah keutamaan kami,” jelas kenyataan itu lagi.

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy