fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Rainforest World Music Festival 2021 Mungkin Akan Dianjur Secara Virtual

Kedung BK Oleh Kedung BK
28 Januari 2021
Rainforest World Music Festival 2021 Mungkin Akan Dianjur Secara Virtual
Share on FacebookShare on Twitter

Mempertimbangkan keadaan wabak semasa

Rainforest World Music Festival 2021 Mungkin Akan Dianjur Secara Virtual. Dilaporkan Rainforest World Music Festival (RWMF) tahun ini akan dianjur secara virtual akibat wabak Covid-19 yang sedang berlangsung.

Menteri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keputusan untuk menganjurkan festival berprestij ini sangat bergantung kepada keadaan wabak semasa.

Rainforest World Music Festival 2021 Mungkin Akan Dianjur Secara Virtual

RWMF antara festival yang terjejas akibat wabak

Selain RWMF, beberapa acara muzik lain juga turut terjejas akibat Covid-19 iaitu Jazz Festival, dan acara sukan seperti Spartan Race dan Sukan Sarawak (Suksar). Pada masa ini, mereka hanya mematuhi arahan dari Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JBNS).

ArtikelBerkaitan

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Jazz Festival Miri juga antara festival muzik yang terjejas akibat pandemik. Kredit: Borneo Talk

Menurut Datu Abdul Karim, kementerian tiada rancangan untuk menunda RWMF malah akan berusaha untuk menganjurkan festival terbabit secara virtual.

“Kami akan berusaha menganjurkan RWMF secara virtual tetapi pengalaman dan suasana tidak akan sama dengan persembahan langsung dengan penonton,” katanya.

RWMF adalah sebuah festival muzik antarabangsa yang dianjurkan setiap tahun untuk meraikan kepelbagaian muzik dunia. Diadakan di Kampung Budaya, Sarawak, festival ini dianjurkan sejak tahun 1998.

Pada tahun 2019, dilaporkan sekitar 23,650 orang menghadiri festival tersebut.

Ia sepatutnya berlangsung pada 10 hingga 12 Julai tahun lalu tetapi ditangguhkan akibat wabak Covid-19. Penangguhan itu adalah pertama kalinya dalam sejarah festival tersebut dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Lagi di sini:

SUMBER : THE BORNEO POST
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy