fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Februari 2021
Aplikasi MySejahtera Kini Telah Dikemaskini Dengan Pendaftaran Vaksin COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Laman sesawang pendaftaran vaksin di Malaysia bakal dibuka pada 5 Mac 2021

Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline. Ini merupakan satu lagi berita baik daripada kerajaan Malaysia.

Pendaftaran vaksin COVID-19 ini juga boleh dibuat melalui laman sesawang vaksin COVID-19 mulai 5 Mac 2021. Bukan itu sahaja, talian hotline juga akan dibuka pada masa terdekat untuk tujuan pendaftaran, selain pendaftaran secara manual di klinik kesihatan dan fasiliti kesihatan swasta.

Bagi memastikan program vaksinasi ini juga dapat dilaksanakan dengan menyeluruh, pendaftaran secara rumah ke rumah juga akan dilakukan terutamanya penduduk di kawasan pedalaman dan warga emas yang tidak mendapat akses ke MySejahtera atau jauh dari fasiliti kesihatan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sekolah Di Sibu Tutup 14 Hari, Sarawak Catat 489 Kes Positif COVID-19

“Saya Bekerja Keras Di 7 Paralimpik Untuk Negara Tapi Ini Balasan Saya,” Ini Kisah Mariappan Perumal

Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline
Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline

Notifikasi temujanji akan dihantar 2 minggu sebelum, fungsi pendaftaran untuk tanggungan di MySejahtera akan tersedia pertengahan Mac

Bagi individu yang telah mendaftar di aplikasi MySejahtera, anda akan diberikan notifikasi 2 minggu sebelum tarikh temujanji bagi membolehkan masyarakat untuk bersedia dari segi pengangkutan bagi mereka yang berada di pedalaman. Bagi menerima notifikasi ini, anda mesti mengaktifkan fungsi notifikasi push pada tetapan aplikasi MySejahtera. Fungsi pendaftaran untuk tanggungan juga akan dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera seawal-awalnya pertengahan bulan Mac 2021.

Setakat jam 2.45 petang tadi, seramai 465,081 orang telah berdaftar di MySejahtera untuk menerima vaksin, jelas Khairy Jamaluddin.

Program vaksinasi Sarawak bermula 26 Februari 2021 – Khairy Jamaluddin

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, melalui sidang media khas pelancaran fasa pertama program imunisasi hari ini, Sarawak bakal memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 26 Februari 2021. Antara negeri terawal lain yang bakal menerima vaksin ini juga adalah Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor iaitu pada hujung bulan ini.

Tambah Khairy, maklumat ini adalah maklumat yang terkini dan disahkan semasa sidang media sebentar tadi.

Selain MySejahtera, Pendaftaran Vaksin Boleh Dilakukan Di Laman Sesawang Dan Talian Hotline

Hari ini juga, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah mencipta sejarah dengan menjadi individu pertama di Malaysia yang diberi suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech. Ia kemudian diikuti oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, serta pegawai kesihatan daripada Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9.

Baca juga artikel lain mengenai vaksin di sini :

Share77Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy