fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Suspek Utama Yang Didakwa Mengugut Pegawai Kastam Dengan Peluru Hidup Ditangkap Di Sibu

Kedung BK Oleh Kedung BK
30 November 2020
Suspek Utama Yang Didakwa Mengugut Pegawai Kastam Dengan Peluru Hidup Ditangkap Di Sibu
Share on FacebookShare on Twitter

Suspek merupakan seorang penganggur berusia 35 tahun

Suspek Utama Yang Didakwa Mengugut Pegawai Kastam Dengan Peluru Hidup Ditangkap Di Sibu. Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang pegawai Kastam diugut dipercayai berpunca dari kes rampasan terbesar di Sibu dan Bintulu baru-baru ini bernilai RM2.64 juta.

Pegawai kastam terbabit dikirimkan peluru hidup disertai dengan sekeping kertas yang bertuliskan “Got two bullet, one short one long which one you want” di atasnya.

Suspek menyerahkan diri di balai polis

Menurut laporan, suspek yang berusia 35 tahun ditangkap pada 9:10am hari ini setelah dia menyerahkan diri di balai polis Sungai Merah, Sibu.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Fisol Salleh yang mengesahkan penangkapan itu, berkata suspek terbabit tidak bekerja dan percaya bahawa kes tersebut sudah diselesaikan dengan penangkapan suspek tersebut.

“Kami percaya bahawa kes ini sudah diselesaikan dengan penangkapan suspek. Kami akan memohon perintah reman esok dan suspek akan dibawa ke Kuching untuk siasatan lanjut. Kami akan meneruskan siasatan kami (untuk menentukan) sama ada dia juga terlibat dalam gengsterisme dan sindiket penyeludupan kerana berdasarkan siasatan kami, dia telah ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan terlibat dalam tujuh kes lain termasuk pecah rumah dan ugutan jenayah,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat polis Sibu.

Suspek juga diuji positif dadah amfetamin da metamfetamin ketika ujian dilakukan ke atasnya.

Menurut Fisol lagi, beliau menyatakan,

“Kami ingin orang ramai tahu bahawa kami melihat kes-kes sebegini dengan serius kerana ia melibatkan ugutan bunuh terhadap pegawai penguatkuasa.”

Kredit: The Borneo Post

Pegawai Kastam menerima ugutan bunuh pada 26 Nov lalu

Pada 26 November lalu, seorang pegawai Kastam menerima sampul surat berwarna coklat berisi 2 peluru hidup dan catatan mengugut sekitar 12 malam di rumahnya di Jalan Matang, Kuching.

Pegawai kastam terbabit kemudian membuat laporan polis di balai polis Gita yang menyebabkan penangkapan 3 lelaki berusia antara 35 dan 39 tahun oleh unit D9 polis Sarawak pada hari yang sama.

Ia dipercayai ugutan itu berlaku setelah pegawai kastam terbabit mengetuai operasi di Pelabuhan Rajang di Sibu dan juga Pelabuhan Bintulu antara 21 Oktober dan 13 November. Barang bernilai lebih dari RM2.64 juta yang melibatkan lebih daripada RM655,000 cukai telah disita dalam kedua-dua operasi tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah melalui komunikasi tanpa nama.

Lagi di sini:

SUMBER : The Borneo Post
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy