fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
1 Februari 2021
TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Satu kes kematian baharu hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 39 kes.

Manakala terdapat 105 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Miri (20), Bintulu (19), Lundu (14), Sibu (13) Kapit (11), Meradong (8), Song (6), Bau (2), Kanowit (2), Serian (2), Kuching (1), Samarahan (1), Matu (1), Julau (1), Pakan (1), Dalat (1), Beluru (1) dan Subis (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 4,555 kes.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu
TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu. Gambar hiasan

Kes kematian ke-39 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-39 merupakan kes ke-3,285 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 77 yang berasal dari Sibu, Sarawak. Kes ini telah disaring pada 22 Januari 2021 kerana mengalami demam sejak 22 Januari 2021.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Keputusan ujian rT-PCR kes telah didapati positif COVID-19 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut. Keadaan kesihatan kes semakin teruk dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 29 Januari 2021.

Kes tidak menunjukkan perkembangan terhadap rawatan dan telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:01 pagi pada 31 Januari 2021.

Kes mempunyai ko-morbid masalah paru-paru kronik tahap empat (MMRC IV, darah tinggi dan gout) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak mengucapkan ucapan Takziah kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu

Daerah Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah

Hari ini, Daerah Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah setelah sejumlah 41 kes positif COVID-19 jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau dan Lundu telah bertukar status daripada Kuning kepada status Jingga setelah masing-masing merekodkan sebanyak 22 dan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Beluru pula telah bertukar dari status Merah kepada status Kuning setelah terdapat 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 1 Kematian Dicatat Hari Ini Di Sarawak, 105 Kes Positif Baharu

Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah

Hari ini Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,934 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tujuh (7) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 84 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Matu, Daro, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 122 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala sembilan (9) daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy