fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 70 Kes Positif Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
27 Januari 2021
TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 70 Kes Positif Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

1 kematian dicatat hari ini di Sarawak melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 70 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 34 kes.

Manakala terdapat 70 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak hari ini iaitu Sibu (34), Dalat (10), Bintulu (9), Kanowit (7), Betong (4), Miri (2), Serian (2), Kuching (1) dan Bau (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,774 kes.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 70 Kes Positif Baharu
TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 70 Kes Positif Baharu

Kes kematian Ke-34 melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian Ke-34 merupakan kes ke-1,745 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 74 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Sibu pada 17 Januari 2021 kerana mengalami kesesakan pernafasan.

ArtikelBerkaitan

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Saringan ujian COVID-19 adalah positif COVID-19. Keadaan kesihatan kes merosot dan telah meninggal dunia pada 26 Januari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit gout.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 70 Kes Positif Baharu

Daerah Dalat, Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah

Hari ini Daerah Dalat, Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1702 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tujuh (7) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Subis, Betong dan Song juga kekal berstatus Jingga dengan 107 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 106 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 11 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy