fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
11 Februari 2021
TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

1 kes kematian baharu yang dilaporkan pada hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 56 kes.

Manakala terdapat 184 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (57), Subis (31), Kapit (24), Julau (18), Sri Aman (10), Song (9), Kuching (6), Bintulu (6), Miri (5), Pakan (4), Bukit Mabong (4), Beluru (3), Kanowit (2), Lundu (1), Saratok (1), Matu (1), Dalat (1) dan Limbang (1)menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 6,190 kes.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu
TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu

Kes kematian seorang lelaki warga tempatan berumur 70 tahun

Kes kematian Ke-56 merupakan kes ke-4,730 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 70 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas.

ArtikelBerkaitan

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif COVID-19 pada 02 Februari 2021. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit kanser darah.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Daerah Subis telah kembali bertukar ke status Merah dari Kuning

Hari ini, Daerah Subis telah kembali bertukar ke status Merah dari Kuning setelah merekodkan 31 kes baharu menjadikan sejumlah 49 kes jangkitan tempatan baharu dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Julau pula telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah merekodkan sejumlah 38 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri danSibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,875 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sembilan (9) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Selangau, Sri Aman, Matu dan Bau juga kekal berstatus Jingga dengan 118 kes jangkitan tempatan dilaporkan di empat (4) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: 1 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 184 Kes Positif Baharu

Daerah-daerah yang berstatus kuning dan hijau

Daerah Kuching, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Daro, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 116 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah yang berstatus Hijau ialah Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy