fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Pada Hari Ini, 200 Kes Positif Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
18 Februari 2021
TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Pada Hari Ini, 200 Kes Positif Baharu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

2 kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu pada hari ini.

TERKINI: 2 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Pada Hari Ini, 200 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat dua (2) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 67 kes.

Manakala terdapat 200 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (120), Kanowit (22), Kuching (17), Sebauh (11), Bukit Mabong (11), Kapit (4), Miri (4), Sri Aman (4), Bau (3), Bintulu (1), Betong (1), Julau (1) dan Subis (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,425 kes.

ADVERTISEMENT

Kes kematian ke-66 melibatkan seorang perempuan warga tempatan

Kes kematian ke-66 merupakan kes ke-5,501 melibatkan seorang perempuan warga tempatan (Sarawak) berumur 72 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam, batuk dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif pada 06 Februari 2021.

Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 17 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.

ArtikelBerkaitan

Sabah Melaporkan Kluster Pertama, Hasil Daripada Reunion Keluarga Pada Tahun Baru Cina Lalu

TERKINI: Sarawak Catat 353 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

ADVERTISEMENT

Kes kematian ke-67 merupakan kes ke-5,883 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 66 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami masalah kesukaran bernafas. Saringan ujian rt-PCR telah dibuat dan dikesan positif pada 08 Februari 2021.

Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 17 Februari 2021. Kes juga mempunyai ko-morbid Penyakit Darah Tinggi dan Dislipidemia. Dimaklumkan kes ini adalah daripada Kluster Pasai.

ADVERTISEMENT

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa.

Daerah Sri Aman telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga

Hari ini, Daerah Sri Aman telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga setelah mencatatkan hanya 16 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2157 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua belas (12) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Lundu juga kekal berstatus Jingga dengan 28 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 84 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Manakala 12 daerah lain kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy