fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
26 Januari 2021
TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Ketiga-tiga kematian yang dicatat hari ini melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 33 kes. Manakala terdapat 205 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (51), Kanowit (41), Miri (32), Dalat (22), Bintulu (19), Kuching (10), Kapit (5), Lawas (5), Julau (4), Sarikei (4), Simunjan (3), Pakan (2), Betong (2), Meradong (2), Samarahan (1), Saratok (1) dan Marudi (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 3,704 kes.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu
TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu

Kes kematian ke-31 merupakan seorang lelaki warga tempatanberumur 59 tahun

Kes kematian ke-31 merupakan kes ke-3,460 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 59 tahun yang telah mendapat rawatan di Hospital Sibu pada 22 Januari 2021 dan mula mengalami gejala demam dan batuk.

Saringan ujian rapid test kit antigen pada 22 Januari 2021 dan rT-PCR COVID-19 adalah positif. Keadaan kesihatan kes merosot dan telah disahkan meninggal dunia pada 9:17 pagi, 24 Januari 2021. Kes mempunyai komorbid iaitu penyakit darah tinggi dan atrial fibrilasi.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Kes kematian ke-32 merupakan kes ke-3,461 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 76 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada 22 Januari 2021 kerana mengalami kesesakan pernafasan dan telah mengalami simptom demam, batuk berkahak sebelum ini.

Kes telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Saringan ujian rT-PCR COVID-19 yang dijalankan di hospital adalah positif COVID- 19. Keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4:45 pagi, 25 Januari 2021.

TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Di Sarawak Hari Ini, 205 Kes Positif Baharu

Kes kematian Ke-33 merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 91 tahun

Kes kematian Ke-33 merupakan kes ke-3,659 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 91 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu pada 24 Januari 2021 kerana didapati tidak sedar diri oleh keluarganya dan dimasukkan ke Hospital Sibu.

Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 25 Januari 2021.

Ujian saringan rapid test kit antigen dan rT-PCR yang dijalankan di hospital adalah positif COVID-19. Kes mempunyai komorbid seperti penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi dan penyakit paru obstruktif kronik (COPD).

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy