fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: Kuching Kini Telah Bertukar Kepada Status Merah Daripada Status Jingga

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
17 Februari 2021
TERKINI: Kuching Kini Telah Bertukar Kepada Status Merah Daripada Status Jingga
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini daerah Kuching telah bertukar kepada status merah.

TERKINI: Kuching Kini Telah Bertukar Kepada Status Merah Daripada Status Jingga. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini Daerah Kuching telah bertukar status daripada Jingga kepada Merah setelah merekodkan sejumlah 43 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Samarahan, Julau, Subis, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2161 kes jangkitan tempatan dilaporkan di sebelas (11) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

TERKINI: Kuching Kini Telah Bertukar Kepada Status Merah Daripada Status Jingga

Daerah Lundu dan Sri Aman juga kekal berstatus Jingga

Daerah Lundu dan Sri Aman juga kekal berstatus Jingga dengan 60 kes jangkitan tempatan dilaporkan di dua (2) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Bau, Matu, Selangau, Betong, Saratok, Sarikei, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga, dan Meradong kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 93 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Daerah lain yang berstatus Hijau ialah Daro, Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi.

TERKINI: Kuching Kini Telah Bertukar Kepada Status Merah Daripada Status Jingga

Hari ini terdapat tiga kes kematian baharu

Hari ini juga terdapat tiga (3) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Kuching (1), Bintulu (1) dan Sibu (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 65 kes.

Kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak pula adalah 200 kes iaitu di, [Sibu (102), Kapit (53), Kuching (16), Bintulu (13), Dalat (7), Miri (3), Lundu (3), Samarahan (1), Beluru (1) dan Belaga (1)] menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,225 kes.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy