fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kematian Hari Ini, 179 Kes Positif COVID-19 Baharu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
29 Januari 2021
TERKINI: Sarawak Catat 1 Kematian Hari Ini, 179 Kes Positif COVID-19 Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Satu kematian yang dilaporkan hari ini adalah daripada jangkitan Covid-19 di Sibu.

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kematian Hari Ini, 179 Kes Positif COVID-19 Baharu. Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), hari ini terdapat satu (1) kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 di Sibu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 36 kes.

Manakala, terdapat 179 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak [Sibu (65), Song (54), Miri (12), Kapit (11), Lundu (7), Selangau (7), Bau (6), Bintulu (5), Sebauh (3), Meradong (2), Kanowit (2), Kuching (1), Pakan (1), Samarahan (1), Sarikei (1), dan Serian (1).]

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kematian Hari Ini, 179 Kes Positif COVID-19 Baharu
TERKINI: Sarawak Catat 1 Kematian Hari Ini, 179 Kes Positif COVID-19 Baharu

Kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan

Kes kematian ke-36 merupakan kes ke-1,880 melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 40 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami kesesakan pernafasan.

ArtikelBerkaitan

TERKINI: Sesi Persekolahan Bagi Sekolah Rendah Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mac 2021

Buat Kenduri Masa PKP, Bapa Pengantin Didakwa Di Mahkamah Kerana Tetamu Positif COVID-19

Saringan ujian rT-PCR yang dilaksanakan di hospital adalah positif COVID-19.Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 29 Januari 2021. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa.

TERKINI: Sarawak Catat 1 Kematian Hari Ini, 179 Kes Positif COVID-19 Baharu

Daerah Song di Bahagian Kapit telah bertukar kepada status Merah

Hari ini Daerah Song di Bahagian Kapit telah bertukar status dari status Jingga kepada status Merah setelah merekodkan sejumlah 85 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Kapit telah bertukar status daripada status Kuning kepada status Jingga setelah sejumlah 24 kes jangkitan tempatan telah direkodkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Dalat, Bintulu, Kanowit, Beluru, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,724 kes jangkitan tempatan dilaporkan di tujuh (7) buah daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sarikei, Subis dan Betong juga kekal berstatus Jingga dengan 79 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Lundu, Sebauh, Lawas, Telang Usan, Bukit Mabong, Tatau, Bau, Pakan, Serian, Belaga, Meradong, Julau, Simunjan, Asajaya, Lubok Antu, Selangau, Samarahan dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 111 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas. Manakala 10 daerah lain masih kekal berstatus Hijau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy