fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
11 Februari 2021
Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen
Share on FacebookShare on Twitter

Warga asing tanpa dokumen juga tidak terkecuali untuk mendapat vaksin COVID-19.

Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen. Menurut, Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, Kabinet secara prinsipal bersetuju untuk menyediakan vaksin percuma kepada warga asing di negara ini yang tidak mempunyai dokumen sah.

Menurut beliau, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) akan berbincang dengan lebih lanjut bagaimana inisiatif ini boleh dilaksanakan.

Pada masa yang sama, beliau akan mengadakan pertemuan dengan pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri, kedutaan asing, serta pertubuhan bukan kerajaan berhubung perkara ini.

ArtikelBerkaitan

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen
Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen
Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen

Perkara itu dimaklumkan oleh Khairy di Twitternya

Perkara itu dimaklumkan oleh Khairy dalam perkongsiannya di Twitternya berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan Jawatankuasa Akses Bekalan Vaksin yang memaklumkan bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibatkan pemberian secara percuma kepada semua golongan bukan warganegara Malaysia yang menetap di negara ini.

Katanya, hasrat itu selari dengan tema Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan “Tiada Yang Selamat Sehingga Semua Selamat”.

Vaksin COVID-19 Percuma Bagi Semua Rakyat Malaysia Termasuk Warga Asing Tanpa Dokumen

Keutamaan pemberian vaksin COVID-19

Di dalam kenyataan media Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY), juga turut mengatakan bahawa keutamaan pemberian vaksin COVID-19 adalah kepada warganegara Malaysia terlebih dahulu.

Keputusan pemberian vaksin secara percuma ini juga telah dibuat memandangkan akses bekalan vaksin COVID-19 yang diperoleh Malaysia adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara Malaysia yang layak menerimanya.

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy