fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Wanita Tular Bunuh Kucing Bunting Menggunakan Batang Besi Kini Direman 4 Hari

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
31 Disember 2020
Wanita Tular Bunuh Kucing Bunting Menggunakan Batang Besi Kini Direman 4 Hari
Share on FacebookShare on Twitter

Wanita pukul kucing bunting sampai mati menggunakan sebatang besi kini direman selama 4 hari.

Wanita Tular Bunuh Kucing Bunting Menggunakan Batang Besi Kini Direman 4 Hari. Wanita yang didakwa membunuh seekor kucing yang sedang bunting dengan cara kejam dengan memukulnya menggunakan sebatang besi di kawasan perumahan di Jalan Pintas Kaloi, Seberang Jaya, Pulau Pinang kelmarin direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membenarkan permohonan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk menahan reman suspek bagi membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Suspek yang melakukan perbuatan keji itu merupakan wanita yang berusia 51 tahun, kini ditahan di lokap polis.

ArtikelBerkaitan

Mengingati MH370 Selepas Genap 7 Tahun Tragedi Berlaku

Operasi Ubahsuai Ekzos , 10,166 Saman Telah Dikeluarkan Setakat Ini

Wanita Tular Bunuh Kucing Bunting Menggunakan Batang Besi Kini Direman 4 Hari
Wanita Tular Bunuh Kucing Bunting Menggunakan Batang Besi Kini Direman 4 Hari

Seorang wanita yang tergamak memukul kucing

Semalam tular bahawa ada seorang wanita yang tergamak memukul kucing menggunakan sebatang besi dan salah seekor daripadanya adalah kucing bunting hanya kerana kucing tersebut membuang najis di hadapan rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.20 petang Selasa itu, seekor lagi kucing yang dipukul itu mengalami kecederaan pada bahagian mulut.

Kejadian bagaimanapun telah disedari oleh seorang juruteknik lelaki berusia 30 tahun yang kemudiannya membuat laporan polis, termasuk melaporkannya kepada pihak JPV untuk tindakan yang lebih lanjut.

Wanita yang bekerja sebagai broker itu dikatakan berang terhadap dua ekor kucing berkenaan yang membuang najis di hadapan rumahnya.

Kucing terbiar dan berkeliaran di kawasan tersebut

Di samping itu, Pegawai Penyiasat JPV, Azhar Ahmad, berkata siasatan pihaknya mendapati haiwan berkenaan merupakan kucing terbiar dan berkeliaran di kawasan tersebut.

Setelah menerima laporan berhubung kejadian, pihaknya telah pergi ke rumah suspek untuk menjalankan siasatan termasuk membuat rampasan ke atas pakaian serta besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurut beliau juga, bangkai kucing yang mati tersebut telah dihantar ke makmal veterinar untuk proses bedah siasat.

Manakala seekor lagi kucing yang cedera kini masih menerima rawatan berikutan mukanya bengkak dan mengalami kesukaran untuk makan.

Kredit: AstroAWANI, Kosmo

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy