Ini baru extreme! Korang boleh buat aktiviti ini bersama ‘Semadang Kayak’ di Kuching
Berkayak Sambil Menikmati Keindahan Alam Di Semadang Kayak Padawan. Siapa dekat sini suka aktiviti lasak macam kayak? Tapi korang tak tahu port kayak mana yang best di sekitar Kuching ni? Jom min tunjuk di mana anda boleh lakukan aktiviti kayak yang sesuai untuk semua peringkat umur!Berkayak Sambil Menikmati Keindahan Alam Di Sungai Semadang PadawanBerkayak Sambil Menikmati Keindahan Alam Di Semadang Kayak Padawan. Siapa dekat sini suka aktiviti lasak macam kayak? Tapi korang tak tahu port kayak mana yang best di sekitar Kuching ni? Jom min tunjuk di mana anda boleh lakukan aktiviti kayak yang sesuai untuk semua peringkat umur!
Salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan di Kuching adalah berkayak di Sungai Semadang yang terletak di Padawan, Kuching. Perjalanan dari Bandaraya Kuching ke Sungai Semadang adalah 1 jam sahaja.

Setiap pakej berlainan tahap cabaran, anda boleh pilih pakej yang anda mahukan
Untuk berkayak, anda juga boleh memilih tiga tahap cabaran yang anda ingin cuba antaranya berkayak, caving, berbasikal gunung (mountain biking) dan arung jeram (bamboo rafting). Anda juga boleh bawa anak-anak anda! Tapi, setiap pakej yang disediakan oleh Semadang Adventure, ada had umurnya.
Terdapat 4 pakej yang disediakan serta tertera harganya di laman web mereka. Untuk anda yang inginkan tahap cabaran yang agak senang anda boleh mengambil pakej Semadang Discovery Kayaking. Anda mahu yang cabarannya sedang-sedang, boleh ambil pakej Semadang Kayaking & Mountain Biking dan Semadang Kayaking & Caving. Dan jika anda mahu mencuba tahap cabaran yang agak susah, boleh ambil pakej Semadang Combo River Trip.

Untuk harga dan pilihan pakej, anda boleh lihat di laman web rasmi mereka
Uniknya pengalaman berkayak di Sungai Semadang adalah anda akan melalui kawasan hutan yang terpelihara dengan pemandangan yang menarik. Laluan berkayak di Sungai Semadang adalah sepanjang 11km dan mengambil masa selama 4 jam – 5 jam.

Sumber gambar: Semadangkayak.com
Sekiranya anda mengambil pakej Semadang Discovery Kayaking anda akan berpeluang untuk :
- Melawat air terjun mini Aruang Pi’
- Makan tengah hari di Kampung Danu ( Kampung Bidayuh )
- Bersiar siar di sekitar kampung
- Berhenti di Sibudak untuk berenang
- Memberi ikan makan di TAGANG ( bergantung pada paras air sungai ketika sesi berkayak )
Sekiranya anda bernasib baik, anda juga akan dapat menikmati durian asli dari hutan yang ditanam oleh penduduk setempat.

Sumber gambar: Semadangkayak.com
Selain dari hanya berkayak di atas sungai, anda juga boleh meneroka Gua Rembang selepas makan tengah hari. Pemandu arah juga disediakan sekiranya anda ingin meneroka Gua Rembang. Jika anda inginkan pengalaman yang lebih ekstrem, anda boleh menggunakan rakit buluh untuk menyusuri Sungai Semadang.