• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan

Oleh
Nazihah AN
31 Disember 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Beberapa bank di Malaysia telah memuat naik notis di media sosial

Beberapa bank di Malaysia telah memuat naik notis di media sosial

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan. Telah dilaporkan bahawa mulai 1 Februari tahun depan, caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan yang mengeluarkan wang tunai antara bank di ATM.

Beberapa tinjauan telah dijalankan, terdapat beberapa bank di yang beroperasi di Malaysia telah memuat naik notis ke platform media sosial mereka masing-masing berkenaan dengan info caj transaksi tersebut, termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Bank Berhad, HSBC dan RHB Bank.

Berikut adalah beberapa notis ringkas yang dikeluarkan oleh bank tersebut:

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan
Sumber gambar: FB Maybank

“Harap maklum bahawa mulai dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di ATM akan dilaksanakan semula. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj* di mesin ATM Maybank.” – Maybank

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan
Sumber gambar: FB Bank Islam Malaysia Berhad

“Pelanggan yang dihormati, Berkuat kuasa dari 1 Februari 2022, bayaran RM1 akan dikenakan kepada pemegang kad bagi setiap pengeluaran tunai antara bank di ATM bank lain. Pemegang kad Bank Islam boleh terus menikmati pengeluaran tunai tapa bayaran transaksi di ATM Bank Islam. Terima kasih.” – Bank Islam

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan
Sumber gambar: FB CIMB Malaysia

“Para pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic. Anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM/ mesin layan diri kami.” – CIMB

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan
Sumber gambar: FB HSBC Malaysia

“Mulai 1 Februari 2022, semua Pengeluaran Tunai ATM di mana-mana bank lain di Malaysia akan dikenakan fi sebanyak RM1 untuk setiap transaksi. Pelanggan HSBC boleh terus melakukan transaksi pengeluaran tunai di semua ATM HSBC tanpa caj tambahan. Untuk orang di Malaysia.” – HSBC

Berkuat Kuasa 1 Februari 2022, Caj Transaksi RM1 Di ATM Bakal Dikenakan Semula Kepada Pelanggan
Sumber gambar: FB RHB Group

“Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan kad debit RHB Bank bagi pengeluaran wang tunai di ATM bank lain. Pemegang kad debit RHB Bank boleh melakukan pengeluaran wang tunai tanpa caj di semua ATM RHB Bank” – RHB Bank

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan pengecualian yuran untuk sistem MEPS pada 6 April 2020. Walau bagaimanapun, OCBC Bank dan UOB akan mengetepikan caj sebulan lebih awal.

Ini bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa membayar RM1.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemecah Rekod Luar Biasa! 'Badang' Sarawak Bonnie Bunyau Dinobat Antara 10 Atlet Para Terbaik Di Dunia Pemecah Rekod Luar Biasa! ‘Badang’ Sarawak Bonnie Bunyau Dinobat Antara 10 Atlet Para Terbaik Di Dunia
Next Article Niat Hendak Memancing Bertukar Jadi Pengalaman Ngeri Apabila Lelaki Temui Mayat Terapung Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?