• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Bermalam Dalam Kabin Pada Ketinggian 6000 Kaki Dari Paras Laut, Kunjungi Sub Stesen Gunung Alab Tambunan

Oleh
ILB - AI
25 Jun 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Bermalam Dalam Kabin Pada Ketinggian 6000 Kaki Dari Paras Laut, Kunjungi Sub Stesen Gunung Alab Tambunan

Jika anda mahu lari ‘jauh-jauh’ dari bandar, tempat ini memang sesuai untuk anda!

Bermalam Dalam Kabin Pada Ketinggian 6000 Kaki Dari Paras Laut, Kunjungi Sub Stesen Gunung Alab Tambunan. Jika anda berada di Tambunan, Sabah dan ingin melakukan aktiviti perkemahan, anda perlu cuba pergi ke Sub Stesen Gunung Alab Tambunan!

Terletak kira-kira 6000 kaki dari paras laut, anda boleh pilih untuk bermalam dalam kabin atau chalet sedia ada atau membawa khemah sendiri!

Bermalam Dalam Kabin Pada Ketinggian 6000 Kaki Dari Paras Laut, Kunjungi Sub Stesen Gunung Alab Tambunan

Nikmati cuaca yang sentiasa sejuk

Oleh kerana tempat penginapan di sini agak terhad, ia adalah lebih baik untuk menempah lebih awal jika anda teringin untuk bermalam di mana-mana kemudahan penginapan yang sedia ada. Bagi yang tidak kisah berkhemah di luar, anda boleh membawa khemah anda juga!

Kredit foto: Facebook

Antara aktiviti santai yang anda boleh lakukan di sini adalah pergi ke dalam hutan berhampiran, dan jika anda teringin, anda boleh mendaki ke air terjun berhampiran (seperti air terjun Kitomoling) atau ke bukit untuk menikmati pemandangan yang menakjubkan!

Air terjun Kitomoling/ Kredit foto: Facebook
Pemandangan yang anda boleh menikmati di atas bukit berdekatan. Kredit foto: Facebook

Terdapat juga trail sesuai bagi mereka yang hanya mahu berjalan-jalan santai sahaja.

Jika anda berkemah, yang pasti memang akan ada aktiviti makan-makan bersama rakan / ahli keluarga! Anda boleh BBQ di sini dan menikmati makanan anda sambil melayan cuaca yang sejuk – ia dikatakan tempat ini suhu kesejukannya serendah 12°C. Oleh itu, pastikan anda membawa pakaian yang sesuai agar anda tidak terlalu kesejukan di sini!

Kredit gambar: Mir GC via Facebook

Kemudahan yang ada

Jika anda datang ke sini untuk berkhemah, anda boleh bebas memilih tapak perkhemahan anda namun lebih baik anda pergi ke sini awal supaya anda boleh memilih lokasi terbaik untuk anda. Selain itu, kemudahan tandas dan elektrik juga disediakan – anda disarankan untuk membawa extension cable jika soket jauh sedikit dari khemah anda.

Bagi mereka yang tidak mahu bermalam dalam khemah, anda boleh memilih untuk bermalam di chalet. Chalet yang tersedia menyediakan bilik dengan katil dua tingkat, katil bersaiz queen, serta katil single. Secara ringkasnya, jika anda datang ke sini beramai-ramai dan mahu bermalam dalam tempat yang selesa, anda boleh memilih untuk bermalam dalam chalet ini.

Chalet yang tersedia di sini. Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook
Kredit foto: Facebook

Terdapat juga kabin jika anda ingin mencubanya! Kabin ini kecil dan mempunyai katil dua tingkat, sesuai untuk kumpulan yang berjumlah kecil. Perlu diketahui juga bahawa tandas untuk kabin ini terletak di luar.

Kredit foto: Facebook

Yuran kemasukan adalah RM5 seorang dan kanak-kanak adalah percuma jika anda mahu berkhemah di sini. Jika anda hanya datang melawat sahaja, yuran kemasukan untuk dewasa (18 tahun ke atas) warga Malaysia adalah RM3.00 dan pengunjung warga Malaysia berusia di bawah usia 18 tahun adalah RM1.00 seorang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Terokai Keindahan Pantai Telok Serabang, Ini Adalah Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan Jom Terokai Keindahan Pantai Telok Serabang, Ini Adalah Aktiviti Menarik Yang Anda Boleh Lakukan
Next Article Hidden Gem Dalam Hutan, Nikmati Air Terjun Arong Serait Di Kampung Selabat Muara Tebas Hidden Gem Dalam Hutan, Nikmati Air Terjun Arong Serait Di Kampung Selabat Muara Tebas

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?