Wanita berusia 55 tahun gigih mendayung perahu untuk menjaja hasil jualannya.
Berniaga Guna Perahu, Banjir Tidak Menghalang Wanita Ini Untuk Mencari Rezeki. Walaupun dilanda banjir, Nona Demit yang berusia 55, tetap gigih menjual kuih muih, mi dan nasi lemak sekeliling Kampung Sekaan Besar, Matu.
Namun, kelainannya kali ini dia menggunakan perahu dan bukan motosikal seperti kebiasaannya.
“Saya menjual kuih-muih, mi dan nasi lemak pada sebelah pagi dan petang,” katanya kepada Utusan Borneo.
ini lah perkejaan saya yang tak dapat nak di pisah kan dari dalam diri saya rutin harian demi mencari rezeki yang halal…
Posted by Nona Demit Nona Demit on Monday, January 18, 2021

Walaupun kampung dilanda banjir, Nona bersyukur masih diberikan kekuatan untuk mendayung perahu
Walaupun kampungnya dilanda banjir, dia berasa amat bersyukur masih lagi diberikan kekuatan untuk mendayung perahu sekeliling kampung untuk menjaja hasil jualannya.
“Ketika banjir, semua orang tidak dapat keluar rumah, jadi setiap kali itu juga barang jualan akan habis dijual,” menurut Nona.
Secara kasar, hasil jualan Nona boleh meraih sehingga RM200 untuk dua sesi jualan pada pagi dan juga petang.
Disamping dapat menyara keluarganya dengan wang tersebut, dia juga turut puas dan gembira kerana dapat berkhidmat kepada penduduk Sekaan Besar.

Nona juga mengucapkan terima kasih atas bantuan bekalan makanan banjir
Selain itu, Nona juga ingin mengucapkan terima kasih atas bantuan bekalan makanan banjir yang telah diagihkan kepada penduduk Matu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya baru-baru ini.
Sekitar 14,000 penduduk terdiri 29 kampung Daerah Matu terjejas gara-gara banjir baru-baru ini akibat hujan lebat serta air pasang besar yang berlaku secara serentak.
Walaupun kini air mulai surut, namun penduduk diminta untuk terusberada dalam keadaan berjaga-jaga serta waspada. Sekaan Besar juga antara kampung yang penduduknya paling ramai terjejas akibat banjir.