• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan

Oleh
Ismail NA
19 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Rasa Seperti Dalam Pesawat.

Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan. Pasaraya adalah sebuah tempat yang selalu dikunjungi oleh orang ramai. Tambahan pula, semasa PKP dan PKPB, tempat ini sememangnya menjadi tumpuan orang ramai yang mencari barang keperluan dapur dan rumah.

Apatah lagi, orang ramai kini dinasihatkan untuk kekal di rumah dan hanya keluar apabila ada keperluan.

Tetapi, siapa sangka di Kuching terdapat sebuah pasaraya yang mempunyai ‘vibe’ seperti di dalam sebuah pesawat. Melalui muat naik sebuah laman Facebook, Kuching Indah, para pekerja di sebuah pasaraya di Kuching tampil menarik perhatian apabila mengenakan seragam persis pramugari di dalam pesawat.

Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan
Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan

‘Cashier’ Berpakaian Seragam Biru Persis Pramugari

Melalui muat naik tersebut, juruwang dan kakitangan wanita di Pasaraya Forda dilihat mengenakan sepasang baju kemeja berwana biru cair dan merah jambu. Seragam tersebut juga lengkap dengan tali leher pendek serta topi.

Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan
Kredit : FB Kuching Indah
Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan
Kredit : FB Kuching Indah

Situasi yang berlaku di Pasaraya Forda, Kuching ini dianggap menarik dan ‘rare’ kerana pakaian seragam sebegini hanya digunakan semasa dalam penerbangan sahaja. Sebaliknya, pasaraya ini mengambil satu langkah ke depan untuk menarik pelanggan berkunjung ke sana bagi membeli barang keperluan.

“Boleh Bangkitkan Semangat Kerja Para Staf” – Netizen

Tinjauan di laman komen pula mendapati netizen begitu teruja dengan konsep terbaru seragam kakitangan Forda ini. Malah, ada yang memuji sikap pekerja di pasaraya tersebut yang ramah dan melayan pelanggan dengan berhemah.

Bukan itu sahaja, pemakaian seragam yang kemas dan ‘classy’ ini pastinya membangkitkan semangat para pekerja. Apatah lagi di musim PKPB ini.

Berpakaian Seperti Pramugari, Ini Cara Kreatif Pasaraya Di Kuching Tarik Pelanggan

Agaknya pakaian seragam pekerja di sini merupakan salah satu strategi jualan pasaraya ini. Maklumlah, di musim pandemik dan PKP ini, perniagaan harus bijak dan kreatif mencari cara untuk menjana keuntungan.

Yang pasti, strategi seragam seperti pramugari ini membuahkan hasil dan mendapat sambutan yang baik daripada para pelanggan.

Ditambah pula dengan servis serta suasana pasaraya yang bersih dan tersusun, tidak mustahil ia menjadi pilihan terbaru pelanggan untuk membeli belah. Apa pendapat anda?

Jika anda sedang mencari pasaraya yang melakukan servis penghantaran terus ke rumah, baca artikel ini :

Ini pula langkah keselamatan dan kebersihan yang anda patut tahu jika pergi ke pasaraya semasa musim pandemik ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Akan Ketatkan Sekatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Dan Gawai Di Sarawak Polis Akan Ketatkan Sekatan Jalan Raya Sempena Aidilfitri Dan Gawai Di Sarawak
Next Article Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB Sebuah Bistro Di Batu Kawa Diserbu Kerana Beroperasi Semasa PKPB

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?